“Hanya Kamu” Hadiah Nabila Razali Buat Suami [VIDEO]

“Hanya Kamu” Hadiah Nabila Razali Buat Suami

“Hanya Kamu” Hadiah Nabila Razali Buat Suami

Ohmedia baru-baru ini dijemput ke majlis pelancaran koleksi tudung NADA dan lagu Hanya Kamu oleh Nabila Razali di EL&N LONDON, Pavilion Kuala Lumpur. Nabila Razali yang baru jer tamatkan zaman bujangnya pada 18 November lalu, telah melancarkan koleksi tudungnya dengan kolaborasi bersama NADA.

‘Birthday Collection Scarves’ merupakan kolaborasi pertama Nada Identity bersama Nabila Razali. Koleksi tudung yang dilancarkan pula adalah motif monogram dan bunga yang dipilih sendiri oleh Nabila dan NADA. Ramai juga pempengaruh dan selebriti seperti Hawa Rizwana, Ameera Othman dan Wany Hasrita datang ke majlis pelancaran ni untuk menyokong Nabila.

NADA x Nabila Razali mempunyai 3 koleksi iaitu Whimsical, Petal dan Clover dengan 15 warna pilihan yang dapat menarik perhatian para hijabis diluar sana. Semasa pelancaran koleksi tudung, Nabila juga melancarkan lagu barunya Hanya Kamu sebagai hadiah buat peminat dan mereka yang hadir.



“Hanya Kamu” Hadiah Nabila Razali Buat Suami

“Hanya Kamu” Hadiah Nabila Razali Buat Suami
Ohmedia sempat menemu bual Nabila untuk ketahui lebih lanjut berkenaan dengan lagu barunya ‘Hanya Kamu’ yang dikatakan merupakan lagu kawin dan hadiah buat suami tercinta.

Hanya Kamu mengambil masa sebulan setengah ke dua bulan untuk disiapkan sebelum majlis perkahwinannya dengan bantuan MFMF dan Aisha Retno sebagai komposer. Menurut Nabila, sebelum melancarkan lagu dia akan pastikan lagu tu kena dengan jiwa dan liriknya sangat bermakna buat suaminya.

Walaupun disiapkan dalam masa yang suntuk, ‘Hanya Kamu’ berjaya dilancarkan dan telah pun keluar di semua digital platform. Jadi, kepada sesiapa yang nak kawin tu boleh la pasang lagu ‘Hanya Kamu’ ni dekat majlis nanti.

Kredit: Sab | [email protected]



“Hanya Kamu” Hadiah Nabila Razali Buat Suami


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button