Gelagat Zain Saidin & Che Ta Raih Perhatian [VIDEO]

“Orang Lain Payung Bini Bila Hujan, Tapi Dia Payung…”

Gelagat Zain Saidin & Che Ta Raih Perhatian [VIDEO]

Gelagat Zain Saidin & Che Ta Raih Perhatian [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Mohamad Zain Mohd Saidin atau lebih dikenali sebagai Zain Saidin yang merupakan seorang pelakon dan model di Malaysia. Beliau merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite dan berdarah campuran Melayu–Inggeris.

Zain Saidin telah berlakon beberapa buah drama antaranya Kiah PekasamAwan Dania 3 dan yang terbaru ialah Gemersik Kalbu. Beliau juga berlakon dalam siri Oh My English! di saluran Astro TVIQ, di mana beliau memainkan watak sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dari United Kingdom.



Zain Saidin telah berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan pada 13 Disember 2013. Pasangan itu mempunyai anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini telatahnya meraih perhatian ramai di laman media sosial.“You Tak Tengok Lagi Bini You Meletup”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milk Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 458 ribu, tanda suka sebanyak7125 dan hampir 50 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Zain Saidin yang sedang memayungi televisyen kerana hujan akan tetapi tidak memayung Che Ta yang berada di belakangnya itu.

“Heyy you ingat bini you murah ke? lagi mahal dari tv tau”-kata Che Ta



“Tv boleh meletup, bini tak boleh meletup”-jawab Zain Saidin

“Heyy you tak tengok lagi bini you meletup”

@boom.malaysia

Yela nanti balik boleh mandi, Tv tak boleh. 🤣🤣 boom boommalaysia artismalaysia artist top celebrity star icon idol no1 influencer news viral trending fyp lawak rozitachewan cheta zainsaidin zsrcw • p/s : minta halalkan video yang kami ambil ya. • 📹 Kredit : rozitachewan1 • Untuk kredit atau apa-apa berkenaan video, sila DM min dulu ya.



♬ original sound – Boom! Malaysia – Boom! Malaysia

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan selebriti itu. Mereka juga mengatakan bahawa Che Ta sangat menghormati suaminya tapi dalam masa yang sama sangat tegas orangnya.

“Suka tengok pasangan suami isteri bergurau sama-sama semoga kekal bahagia selalu”

“Bini boleh p mandi balik satgi. tv sampai bila-bila tak boleh mandi”



“Tak pa aih, bini dah katup dengan tudung, siap awning tu ok laa”-kata mereka

Gelagat Zain Saidin & Che Ta Raih Perhatian [VIDEO]
VIA TIKTOK

Apa -apa pun, semoga pasangan selebriti ini kekal dan bahagia serta saling sayang satu sama lain. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Gelagat Zain Saidin & Che Ta Raih Perhatian [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button