Bubarkan BERNAS, Kembalikan Kawalan Beras Kepada Lembaga Padi & Beras Negara

Bubarkan BERNAS, Kembalikan Kawalan Beras Kepada Lembaga Padi & Beras Negara

Bubarkan BERNAS, Kembalikan Kawalan Beras Kepada Lembaga Padi & Beras Negara

Di era penjajahan Jepun ke atas Malaya, tentera telah digunakan untuk mengawal dan memantau sepenuhnya aktiviti penanaman padi.

Bukan anggota tentera Jepun yang menanam padi.

Rakyat Malaya yang dipaksa menanam padi dan hasilnya diambil oleh tentera Jepun untuk memastikan bekalan beras untuk mereka cukup.



Tetapi telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan industri penanaman padi berjalan lancar.

Kemudian, di era pemerintahan junta tentera di Myanmar, pendekatan yang sama telah digunakan.

Junta tentera telah digunakan untuk mengawal selia industri penanaman padi di negara tersebut.

Terkini, Indonesia pula telah mengambil langkah yang hampir sama.



Anggota tentera republik tersebut telah diarahkan untuk turun ke bendang untuk menanam padi dan ianya di kawal selia oleh kerajaan Indonesia.

Persoalannya, mengapa industri penanaman padi dari ketiga-tiga senario di atas di kawal selia terus oleh kerajaan?

Kerana beras adalah makanan ruji untuk rakyat mereka dan langkah tersebut penting untuk memastikan bekalan beras domestik cukup.

Tetapi berlainan dengan Malaysia.



Aktifkan Semula Peranan Lembaga Padi & Beras Negara

Syarikat BERNAS Berhad telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan bekalan beras domestik cukup.

Sebenarnya BERNAS adalah Lembaga Padi & Beras Negara yang telah diswastakan oleh Dr Mahathir pada 1 Januari 1996 di era 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Bagi penulis, ini merupakan salah satu kesilapan yang paling besar telah dilakukan oleh Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Walau apa pun tafsiran ke atas BERNAS, ianya tetap sebuah syarikat yang berorientasikan keuntungan.



Dalam apa keadaan sekali pun, keuntungan syarikat akan menjadi keutamaan BERNAS berbanding kepentingan 33 juta rakyat Malaysia.

Kita sudah alami bagaimana panik kerajaan apabila India, Thailand dan Indonesia mengumumkan akan menghentikan ekspot beras ke luar negara.

Apabila berlaku krisis bekalan negara, jalan pintas yang diambil oleh BERNAS adalah mengimpot beras dari luar negara.

Bergantung kepada bekalan beras luar adalah langkah yang sangat berisiko tinggi.



Implikasinya, berlaku lambakan beras impot di pasaran tempatan.

Keadaan ini bukan sahaja telah menekan kehidupan rakyat marhaein, tetapi juga telah menekan nasib pesawah tempatan.

Akkibat dari lambakan beras impot, akhirnya pesawah terpaksa menjual hasil mereka dengan harga yang sangat rendah.

Penulis tidak mengatakan ianya satu keputusan yang salah.



Tetapi, itu adalah penyelesaian jangka pendek.

Apa pula penyelesaian jangka panjang yang dirangka BERNAS untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku di masa hadapan.

Langkah terbaik adalah bubarkan BERNAS dan aktifkan semula Lembaga Padi & Beras Negara.

Tiada lagi tindakan mengutamakan kepentingan kepada kelompok tertentu dengan mengabaikan nasib pesawah dan 33 juta rakyat Malaysia.

Di samping dapat membela nasib pesawah, bekalan beras untuk 33 juta rakyat Malaysia juga lebih terjamin.

Bubarkan BERNAS, Kembalikan Kawalan Beras Kepada Lembaga Padi & Beras Negara

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button