Jaga Jaga Tun M, 2023 Dah Nak Habis

Jaga Jaga Tun M, 2023 Dah Nak Habis

Jaga Jaga Tun M, 2023 Dah Nak Habis

Tidak sampai 2 minggu, tahun 2023 akan meninggalkan kita semua dan kita akan memasuki tahun 2024.

Penulis ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada mantan perdana menteri 2 kali Dr Mahathir.

Jangan pelik.



Pada pendapat penulis, semua rakyat Malaysia patut mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Dr Mahathir sekarang.

Tahun hadapan, Dr Mahathir akan melalui hari-hari yang cukup sibuk dalam hidup beliau.

 

Dari maklumat yang sampai kepada penulis, bos besar SPRM mengesahkan pihak beliau sudah melengkapkan lebih 200 siasatan salah laku yang melibatkan Dr Mahathir.



Antara salah laku yang disiasat termasuklah salah guna kuasa dan juga jenayah rasuah yang melibatkan Dr Mahathir sepanjang 22 tahun berkuasa.

Pihak SPRM juga telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak Jabatan Peguam Negara.

Kini pihak SPRM sedang menunggu arahan dari Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh pihak SPRM.

Maksudnya, kalau Jabatan Peguam Negara arahkan supaya pendakwaan dibuat, SPRM akan membuat tangkapan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.



Rasanya kalau zaman Tommy Thomas atau pun Idrus Harun, mungkin kertas siasatan SPRM itu akan jadi bola.

Sama macam kertas siasatan Hakim Nazlan yang sekejap ke sana, sekejap ke sini.

Tapi ini era Peguam Negara yang baharu, kita yakin perkara sebegitu tidak akan berlaku.

Ini apa yang depa katalah, bukan penulis kata.



Penulis hanya kata apa yang depa kata.

Penulis tak akan kata apa yang depa tak kata.

Jadi, in advance, penulis ucapkan Selamat Tahun Baru kepada Dr Mahathir.

Muga Dr Mahathir tabah dan dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang tip top untuk hadapi tahun 2024.



 

Tapi, apa pun cabaran yang datang, jangan takut dan jangan lari, itu semua cobaan…😜😜😜

 

Jaga Jaga Tun M, 2023 Dah Nak Habis

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button