‘Pengantin kanak-kanak’ dihukum mati kerana bunuh suami

‘Pengantin kanak-kanak’ dihukum mati kerana bunuh suami

'Pengantin kanak-kanak' dihukum mati kerana bunuh suami
SAMIRA Sabzian. FOTO Agensi

Tehran: Iran menggantung seorang wanita yang disabitkan kesalahan membunuh suaminya yang dikahwini ketika masih kanak-kanak, tanpa menghiraukan kempen antarabangsa mendesak dia diampunkan.

Menurut Pengarah kumpulan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Norway, Mahmood-Amiry Moghaddam, wanita berkenaan dikenali sebagai Samira Sabzian.

Dia dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh pada waktu subuh semalam di penjara Ghezel Hesar di bandar satelit Tehran, Karaj.



Katanya, wanita itu adalah pengantin kanak-kanak yang berkahwin dengan suaminya pada usia 15 tahun dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, menurut saudara-mara.

“Dia ditahan 10 tahun lalu ketika berusia 19 tahun atas tuduhan membunuh suaminya dan kemudian dijatuhi hukuman mati.

“Dia mempunyai dua anak yang tidak pernah dilihatnya selepas penahanannya sehingga mesyuarat terakhir di penjara awal bulan ini.

“Samira adalah mangsa ‘apartheid jantina’, perkahwinan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga selama bertahun-tahun dan hari ini dia menjadi mangsa pembunuh rejim yang tidak cekap dan makan rasuah,” katanya.



Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International (Amnesty), sudah lama menimbulkan kebimbangan mengenai lonjakan hukuman mati di Iran tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 115 orang dibunuh pada November saja.

Amnesty menggesa Iran tidak melaksanakan hukuman mati itu, dengan menyatakan pihak berkuasa sebenarnya melaukan ‘pembunuhan atas nama negara’.

Kerajaan United Kingdom pula meminta Iran untuk menyelamatkan nyawa Samira.

“Samira adalah mangsa perkahwinan kanak-kanak. Iran mesti menghentikan layanan buruknya terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan,” kata Menteri Luar Negeri, Tariq Ahmad di platform X.



Menurut IHR, 18 wanita dihukum mati di Iran tahun ini, termasuk Samira Sabzian.

‘Pengantin kanak-kanak’ dihukum mati kerana bunuh suami


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button