Tentera zionis jadikan sebuah hospital sebagai berek tentera

Tentera zionis jadikan sebuah hospital sebagai berek tentera

Tentera zionis jadikan sebuah hospital sebagai berek tentera
ASAP tebal dilihat di Khan Yunis di selatan Gaza. FOTO AFP

Gaza: Tentera penjajah Israel menjadikan Hospital Al-Awda di utara Semenanjung Gaza sebagai ‘berek tentera’, kata Kementerian Kesihatan di kawasan Palestin yang terkepung pada Selasa.

Agensi Anadolu melaporkan, dalam satu kenyataan jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra berkata, tentera Israel menahan 240 rakyat Palestin termasuk 80 kakitangan perubatan, 40 pesakit dan 120 orang yang kehilangan tempat tinggal berlindung di dalam hospital itu.

Beliau juga berkata, rakyat Palestin di dalam hospital itu terperangkap tanpa air, makanan, dan ubat, sambil menambah bahawa tentera Israel menghalang pergerakan antara unit hospital.



Al-Qudra berkata, tentera Israel sudah menahan enam kakitangan hospital, termasuk Pengarah Hospital Al-Awda, Ahmed Muhanna dan seorang pesakit.

Israel mengebom Semenanjung Gaza dari udara dan darat, mengenakan kepungan, dan melancarkan serangan darat sebagai tindakan balas terhadap serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 19,453 rakyat Palestin terbunuh dan 52,286 cedera dalam serangan Israel, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Angka kematian Israel dalam serangan Hamas berjumlah 1,200 orang, manakala lebih 130 tebusan masih ditahan oleh kumpulan Palestin di Gaza, menurut angka rasmi.



Tentera zionis jadikan sebuah hospital sebagai berek tentera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading