Gigit zakar suami kerana seekor tikus

Zambia: Berang suaminya enggan menghalau seekor tikus dalam bilik tidurnya, seorang wanita nekad menggigit zakar suaminya itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kitwe wilayah Copperbelt di Zambia, Afrika.

Daily Star melaporkan, hubungan pasangan terbabit iaitu Mukupa Musonda dan suaminya Abraham mula renggang atas sebab tertentu malah mereka juga dilaporkan sudah tinggal di bilik berasingan.



Katanya, Mukupa yang pulang dari minum mendapati bilik tidurnya dimasuki seekor tikus.

“Dia meminta Abraham untuk menghalau atau menangkap tikus terbabit namun suaminya enggan,” katanya.

Akibat itu, berlaku pertengkaran antara pasangan terbabit sebelum wanita itu menggigit kemaluan suaminya.

Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan bagaimana Mukupa menggigit kemaluan suaminya itu.



Namun, Abraham dilaporkan mengalami pendarahan dan kini terpaksa dirawat di hospital berdekatan kawasan perumahan mereka.

Agensi

Harian Metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button