Kegagalan ‘Kartel Tun’ di belakang KUDETA ‘Dubai’

Oleh – Adam Malik


Kegagalan 'Kartel Tun' di belakang KUDETA 'Dubai'

Semua kerja KUDETA yang mahu tumbangkan Kerajaan Madani temui jalan buntu. Kasualti terbaru dari ‘Kartel Tun’ untuk menjatuhkan Presiden Umno adalah seorang ahli politik dari selatan tanahair.



Seorang demi seorang dari bakal ‘Kluster Mahkamah’ di dalam Umno dipanggil untuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Langkah Dubai

Dilaporkan juga mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga bakal dipanggil oleh SPRM untuk disoal siasat bersama beberapa individu lain tidak berapa lama lagi.

Jika semua ini berlaku maka boleh dikatakan hampir semua anggota “kluster broker” sudah berada dalam jaring SPRM.



Situasi kali ini amat berbeza kerana ‘Kluster Broker’ tiada lagi tempat berlindung dan bernaung kerana turut disiasat oleh SPRM adalah Tun Mahathir dan Tun Daim.

Kegagalan 'Kartel Tun' di belakang KUDETA 'Dubai'

“Langkah Dubai” juga tidak bermakna jika betul pun ada pertemuan di Dubai.

Ini kerana kerajaan sudah pun pantau siapa yang mengeluarkan dana dan mereka yang terbabit.



Selain itu pihak yang diperlukan untuk capai “numbers” demi membentuk kerajaan dari Sabah dan Sarawak enggan kerjasama dan “participate” gerakan tebuk atap ini.

Kegagalan 'Kartel Tun' di belakang KUDETA 'Dubai'

Hanya tinggal baki sebulan sahaja untuk kerja kerja KUDETA ini kerana sebaik sahaja Yang Di Pertuan Agong baru ditabalkan, maka Baginda dipercayai enggan melayan kerja sia-sia yang menyusahkan rakyat.

DYMM Sultan Ibrahim sudah terlebih awal menyatakan Baginda tidak akan melayan kerja tebuk atap.



Tahun 2024 adalah tahun sibuk bagi Mahkamah Malaysia.

Kes-kes pemimpin dari Perikatan Nasional akan dibicarakan dan sedang dibicarakan memenuhi ruang berita.

Semua jalan sudah tertutup untuk menukar kerajaan ertikata lain sudah buntu.

KUDETA cara tidak halal gagal lagi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button