MotoGP: Usaha Yamaha pujuk Quartararo
MotoGP: Usaha Yamaha pujuk Quartararo
LONDON – Pasukan Yamaha dilihat telah mengambil langkah berani apabila merekrut dua jurutera utama Ducati sebagai persiapan untuk meyakinkan pelumba utamanya, Fabio Quartararo agar kekal bersama mereka beberapa tahun lagi.
Justeru itu, Yamaha telah membawa masuk Jurutera Prestasi Enjin dari Ducati, Massimo Bartolini yang ditugaskan menjadi Pengarah Teknikal baharu Yamaha sebagai persiapan menjelang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024.
Bukan sahaja Bartolini meninggalkan Ducati, malah Marco Nicotra turut meletakkan jawatan bersama pasukan Itali itu untuk menjadi Ketua Aerodinamik Yamaha pada Oktober lalu.
Kehadiran Bartolini merupakan langkah penting buat Yamaha selepas mengalami kesukaran pada 2023 dan Yamaha berharap kehadiran dua individu itu mampu membawa perubahan besar kepada mereka pada musim 2024 ini.
Walau bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada Bartolini akan menggantikan Kazutoshi Seki yang memimpin projek M1 tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah Dubai sebenarnya perancangan Langkah Seribu?
- 1MDB – Berani atau tidak Pendakwaraya panggil Sultan jadi saksi?
- Tekanan Ekonomi Memaksa Israel Undurkan Ribuan Tentera Dari Gaza
Perubahan drastik ini adalah sebagai persiapan untuk mengekalkan Quartararo selepas pelumba berusia 24 tahun itu sering kali memberi amaran bersedia mencari ‘rumah’ baharu sekiranya Yamaha masih gagal menyediakan jentera terbaik buatnya.
MotoGP: Usaha Yamaha pujuk Quartararo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Mula Khianati Mahathir
- SPRM Mulakan Siasatan Ke Atas Ismail Sabri
- Sila Ambil Nombor Di Kaunter SPRM, Jangan Berebut Yer…
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :