Satu Lagi ‘Syurga’ Warga Asing Di Serbu
Satu Lagi ‘Syurga’ Warga Asing Di Serbu
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sita dan pindah barangan ke atas 12 pemilik lot perniagaan yang gagal mempamerkan lesen.
Lot perniagaan tersebut juga dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran di sekitar kawasan Jalan Haji Taib, Chow Kit.
Tindakan itu adalah hasil serbuan dan pemeriksaan lebih dari 200 aktiviti perniagaan bazar pakaian terpakai di Chow Kit.
Antara agensi yang terbabit adalah Jabatan Penguatkuasaan DBKL dengan kerjasama Pejabat Cawangan Setiawangsa dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal.
Peniaga yang terbabit adalah sembilan peniaga barangan terpakai, dua peniaga makanan dan minuman serta seorang penjaja ubat-ubatan seks.
Tindakan penguatkuasaan operasi khas dijalankan menerusi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
Semua pemegang lesen perniagaan diingatkan untuk memastikan beroperasi mengikut syarat-syarat yang telah tercatat di dalam lesen perniagaan.
Antaranya adalah masa, lokasi tempat dan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa bagi melantik mana-mana pembantu premis atau gerai mengendalikan perniagaan.
Tindakan yang lebih tegas akan dilakukan sekiranya masih terdapat pemilik perniagaan menggajikan atau membenarkan warga asing beroperasi.
Ia termasuk pembatalan lesen perniagaan.
Barangan pakaian terpakai dan peralatan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras.
Ianya bagi tujuan rekod penyimpanan sementara dan proses dokumentasi.
Operasi khas ini diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Noor Azman Mahlin bersama 131 orang pegawai, anggota penguatkuasa dan kakitangan DBKL.
Satu Lagi ‘Syurga’ Warga Asing Di Serbu
Di Syorkan Untuk Anda:
- Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?
- UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh
- Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau