‘Langkah Dubai’, Polis Kuala Lumpur terima 13 laporan

Oleh – Syeikh Baran


'Langkah Dubai', Polis Kuala Lumpur terima 13 laporan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid

Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini, menerima 13 laporan berhubung gerakan ‘Langkah Dubai’yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi BERNAMA malam ini berkata, semua laporan polis yang diterima akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.



Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata, polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, semua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Katanya, sehingga Selasa lalu, pihaknya menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara.

Sumber – BH



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button