Zahirah Macwilson Kekal Tenang Dan Kunci Mulut

Biarpun Hadapi Provokasi ‘Melampau’, Netizen Anggap Wanita Bermaruah

Zahirah Macwilson Kekal Tenang Dan Kunci Mulut

Zahirah Macwilson Kekal Tenang Dan Kunci Mulut

Jatuh cinta sesuatu yang misteri, aneh, unik dan ada kala sukar dijelaskan. Ada pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun hidup bersama, cinta tetap kukuh dan mekar.

Sebilangan pasangan lain pula ada yang berpaling kepada cinta lain selepas berbelas tahun menjalani bahtera perkahwinan.



Realitinya, putus cinta sesuatu yang menyakitkan!

Selain dirundung kesedihan, seseorang yang mengalami putus cinta juga pasti akan kecewa dan amarah hingga mengalami tekanan perasaan.

Berbahas soal ini, meskipun terus diprovokasi pelakon Fatiya Latiff, aktres jelita Zahirah Macwilson kekal tenang mengunci mulut daripada melayan satu persatu serangan terhadapnya.

Tindakan bijak Zahirah, 29, itu sekali gus meraih pujian netizen yang menyifatkan dirinya sebagai wanita ‘mahal’ dan bermaruah kerana tidak cepat melenting.



“Jadilah seperti Zahirah Macwilson yang tidak peduli apa orang cakap dan gembira dengan kehidupan sendiri,” kata netizen.

Keadaan semakin panas hari ini apabila Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, memuat naik foto bersama bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza, yang kini sudah bergelar suami Zahirah.

Bukan hanya itu, dia turut memaparkan keratan akhbar temu bual Aiman yang memaklumkan masih menyayangi Fatiya selepas setahun mereka berpisah.

Sejak 8 Januari lalu, pelakon drama Ariana Rose itu mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibir.



Fatiya sebelum ini pernah bercinta dengan Aiman namun hubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Zahirah Macwilson Kekal Tenang Dan Kunci Mulut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar



 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button