Takiyuddin Dedahkan Sikap Sebenar Pemimpin PAS

Takiyuddin Dedahkan Sikap Sebenar Pemimpin PAS

Takiyuddin Dedahkan Sikap Sebenar Pemimpin PAS

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dalam nada sinis menyindir Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid, atas cadangan beliau untuk Akta Parlimen Berpenggal diadakan.

Dengan nada sinis Takiyuddin menyindir saranan DS Zahid menunjukkan sama ada beliau tidak yakin dengan Anwar Ibrahim atau terdesak untuk kekalkan kuasa.

Menurut Takiyuddin, ini adalah kerana Anwar berulangkali mendakwa mempunyai sokongan 2/3 majoriti.



Jadi, sekiranya dakwaan itu betul, maka tiada keperluan untuk akta tersebut diadakan melainkan DS Zahid tidak meyakininya.

Apakah yang dimaksudkan DS Zahid dengan Akta Parlimen Berpenggal?

Ia adalah cadangan supaya menutup semua ruang untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap yang sangat digemari Perikatan Nasional.

Untuk rekod, sekiranya direalisasikan, Malaysia bukanlah satu-satu negara yang mempunyai akta tersebut.



United Kingdom juga pernah mempunyai akta tersebut dan beberapa negara masih lagi mengekalkannya.

DS Zahid mencadangkan supaya apa juga cubaan untuk menjatuhkan kerajaan, tindakan perundangan dibolehkan.

Ianya untuk mengekalkan kerajaan yang memerintah supaya dapat kekal bertahan sehingga ke akhir penggal.

Kerajaan Mesti Di Beri Ruang Untuk Mentadbir Dengan Selesa

Dalam sistem demokrasi berparlimen, kerajaan dibentuk dengan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada parti politik pilihan mereka.



Mandat rakyat adalah supaya parti politik yang dipilih dapat membentuk kerajaan untuk mentadbir negara bagi tempoh satu penggal.

Manakala parti yang tewas dalam pilihanraya akan berfungsi sebagai pembangkang yang memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan.

Adalah penting untuk kerajaan yang diberikan mandat diberikan ruang dan peluang untuk mentadbir negara untuk tempoh sekurang-kurangnya selama satu penggal.

Tanpa permainan politik untuk merampas kuasa, kerajaan boleh menumpukan usaha untuk memajukan rakyat dan negara.



Tetapi sekiranya kerap digugat kerajaan yang dipilih, maka masa dan usaha akan dibazirkan untuk menstabilkan politik dan kedudukan kerajaan.

Inilah yang berlaku dipasca PRU 14.

Negara mengalami pertukaran perdana menteri dan kerajaan sebanyak 3 kali.

Akibatnya ekonomi negara hancur, kehidupan rakyat semakin menderita.



Dari kenyataan Takiyuddin, jelas menunjukkan pembangunan negara dan rakyat bukan agenda utama perjuangan mereka.

Yang penting bagi mereka adalah mendapatkan kuasa pemerintahan supaya segala kekayaan negara dapat dirompak tanpa sekatan.

Negara dan rakyat bukan masalah mereka.

Mereka tidak ada masa untuk pening kepala untuk memikirkan masalah negara dan rakyat.



Kerana mereka hanya perlukan rakyat apabila menjelang musim pilihanraya sahaja.

 

Takiyuddin Dedahkan Sikap Sebenar Pemimpin PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button