Korea Selatan menepati ramalan menang keatas Bahrain

Oleh – Syeikh Baran


Korea Selatan menepati ramalan menang keatas Bahrain

Korea Selatan menepati ramalan sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan E apabila berjaya memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kanan.



Tiga mata berharga diperolehi Korea Selatan selepas skuad kendalian Jurgen Klinsmann menewaskan Bahrain 3-1 pada aksi pertama di Stadium Jassim Hamad, sebentar tadi.

Sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan dari China, Ma Ning, Korea Selatan terus melancarkan serangan bertali arus ke gawang Bahrain.

Bagaimanapun, benteng pertahanan Bahrain ‘kebal’ bertahan sehinggalah pada minit ke-38, rembatan kencang Hwang In-beom dalam kotak penalti berjaya meletakkan Korea Selatan mendahului 1-0.

Meskipun Korea Selatan menguasai perlawanan namun, Bahrain turut mencipta beberapa peluang namun gagal menterjemahkan dalam bentuk jaringan.



Memasuki babak kedua, Bahrain meningkatkan intensiti permainan dan hanya memerlukan tempoh lima minit untuk memadam kelebihan gol Korea Selatan menerusi ledakan penyerangnya Abdullah Al Hashash.

Korea Selatan menepati ramalan menang keatas Bahrain

Begitupun, Korea Selatan kembali mendahului pada minit ke-56 hasil rembatan kencang kaki kiri pemain Paris Saint-Germain(PSG), Lee Kang-in dari luar kotak penalti.

Tiga minit kemudian, Son Heung-min hampir menggandakan jaringan menerusi rembatan kencang kaki kirinya namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Bahrain, Ebrahim Lutfalla.



Taegeuk Warriors yang mengintai kejuaraan sulung sejak 1960, menggandakan jaringan menerusi gol kedua Kang-in yang melakukan acahan mengelirukan pertahanan Bahrain sebelum melepaskan rembatan bagi gol ketiga Korea Selatan pada minit ke-68.

Kemenangan itu meletakkan Korea Selatan menerajui Kumpulan E, ketika satu lagi aksi kumpulan tersebut bakal menemukan Malaysia menentang Jordan awal pagi ini.

Sumber – Utusan Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button