Pilih jalan sukar
Oleh – Syeikh Baran
Pasukan hoki negara memilih jalan sukar dalam usaha mereka untuk layak ke temasya Olimpik Paris apabila tewas 2-3 kepada China pada perlawanan pertama Kumpulan A pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman, sebentar tadi.
Anak buah Arul Selvaraj tidak mempunyai pilih selain perlu menang pada perlawanan kedua menentang Great Britain pada 12.45 tengah malam esok.
Namun di atas kertas ia tampak bukan satu jalan yang mudah kerana Great Britain berada di ranking jauh lebih baik iaitu di kedudukan keempat berbanding pasukan negara di ranking ke-13 dunia.
Terdahulu dalam perlawanan yang berlangsung di Oman itu, Malaysia terlebih dulu mendahului China untuk menamatkan saingan separuh masa pertama 1-0 menerusi jaringan padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-39.
Namun memasuki suku ketiga kealpaan barisan pertahan negara dihukum oleh barisan serangan China apabila dalam tempoh tiga minit mereka berjaya meledak dua gol.
Namun memasuki suku ketiga kealpaan barisan pertahan negara dihukum oleh barisan serangan China apabila dalam tempoh tiga minit mereka berjaya meledak dua gol.
Barisan pemain tembok besar itu tiada masalah untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-31 apabila dihadiahkan penalti stroke yang disempurnakan oleh Lin Changliang.
Tiga minit berselang Chao Jieming menjelmakan gol kedua China menerusi jaringan padang untuk membolehkan mereka yang kini menghuni ranking ke-23 dunia mendahului skuad negara 2-1.
Malaysia bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan memasuki suku keempat apabila pemain berpengalaman negara, Muhammad Razie Abd Rahim menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-47 untuk Speedy Tigers kembali mengikat kedudukan 2-2.
Namun pada minit ke-60, China tidak mensia-sia pukulan sudut penalti yang diberikan apabila Gao Jiesheng menyempurnakan jaringan bagi memastikan China mendahului 3-2 sekali gus melakar kemenangan kedua mereka ke atas Malaysia dalam 16 pertembungan sejak 2009.
Malaysia ketika ini tidak mempunyai pilihan selain wajib menang ke atas Great Britain dan Pakistan untuk berada di kedudukan dua teratas kumpulan sekali gus layak ke separuh akhir.
Tiga pasukan terbaik pada kejohanan kali ini layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris.
Sumber – Harian Metro