Azrul Raja Lawak Pernah Kena ‘Terminate’ 24 Jam
Ganti DJ 2 Minggu Tak Ada Gaji Alasan Hanya ‘Test’
Azrul Raja Lawak Pernah Kena ‘Terminate’ 24 Jam
Politik radio kejam! Itulah yang dikongsi pelawak dan penyampai radio Azrul Raja Lawak yang pernah mengalami pengalaman serupa seperti Tyzo Xander.
Pelawak ini tertarik untuk berkongsi pengalaman selepas kecoh isu penyampai radio Suria FM, Tyzo yang tak disambung kontrak dikatakan kerana penganiayaan.
Kata Azrul, dia pernah menerima ‘kejutan’ dipanggil ke bilik pejabat dan diberitahu hari itu hari terakhir dia bertugas.
@azrul_rajalawak Bkn masalah baru tp dr dlu lg..demi duit sanggup tutup rezeki org. #fyp #fypシ #kasiviral #ceritabenar #videoviral
Bila selesai tugas, manager radio memaklumkan Azrul tak menerima bayaran di atas alasan hanya mahu ‘test’.
“Eh tak ada payment, ini aku saja nak test kau je,” katanya. Sedangkan kita dah biasa buat ‘weekend’ di stesen radio tu.
Ada juga stesen radio yang memanggil penyampai dalam kalangan selebriti untuk menaikkan rating stesen radio.
Apabila mencapai target pendengar, Azrul diberitahu dia perlu berhenti kerana radio tak ada ‘bajet’ nak membayar penyampai.
Dedah Azrul, perkara ini biasa berlaku kepada kebanyakan penyampai-penyampai radio yang lain juga. Tengah sedap bekerja, tiba-tiba kontrak ditamatkan 24 jam.
Kredit: TikTok @azrul_rajalawak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir, Daim hanya perlu jawap dalam Mahkamah
- Debaran 18 Januari, Perikatan Nasional kembali ke Putrajaya?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :