Mahathir, Daim hanya perlu jawap dalam Mahkamah

 

Oleh – Adam Malik


Mahathir, Daim hanya perlu jawap dalam Mahkamah

Mahathir, Daim tidak perlu beri kenyataan di media , jawab sahaja di Mahkamah.

Satu ketika dahulu ketika Tun Mahathir pergunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan mantan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak, apa sahaja yang dinyatakan atau dilakukan oleh DSNR ,



Mahathir dan sekutunya sentiasa membidas dengan menyatakan DSNR hanya beralasan dan berhelah dari kes menyamun 1Mdb dan cuba selamatkan diri dari didakwa.

Namun, putaran waktu dan putaran roda kehidupan menampakan perkara yang sama kembali mengenai TM dan TD tanpa diduga.

Kedua “Tun” kini berhadapan siasatan mengenai pelbagai kes terutama nya mengalihkan wang rakyat dan kekayaan yang tidak dapat diperincikan perolehanya.

Tun Daim misalnya memiliki bangunan bernilai RM2.7 bilion dan separuh pembiayaannya mengunakan kekayaan sendiri.

Tun Daim juga gagal mengisytiharkan harta dan wangnya kepada autoriti walau menerima hampir lima kali penangguhan.

DAIM GAGAL JELASKAN BERKAITAN ‘PANDORA PAPERS’


Daim juga hadapi masalah menjelaskan berkenaan berkenaan wang yang disenarai dalam “Pandora Paper” dan bagaimana ia berada didalamnya atau cara ia diperolehi.

Selain itu kes Saman TanSri Halim Saad menunggu Tun Daim.

Bagi Tun Mahathir pula, anak-anaknya sedang disiasat oleh SPRM dan LHDN.

Selain itu, jika kes Tun Daim dan Halim Saad bermula, dipercayai Mahathir juga bakal terseret sama didalam kancah itu.

Ini kerana TM adalah Perdana Menteri ketika itu.

Di era banyak skandal dan wang negara lupus dengan pelbagai kaedah dan cara Mahathir adalah Perdana Menterinya.

Mahathir, Daim hanya perlu jawap dalam Mahkamah

Skandal BMF, MAS, PKFZ, Forex , Maminco , dan lain lain semua berlaku ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Baru baru ini, Tun Daim telah membuat beberapa kenyataan untuk halwa media menjelaskan kedudukan diri bagi membela namanya di pelbagai media.

Bukan sahaja Tun Daim, bahkan isteri dan anaknya juga turut memberi kenyataan media.

Namun rasanya tidak perlu, siapa pun tidqk akan percaya terutamanya rakyat marhaen.

Simpan sahaja kenyataan untuk perbicaraan dan ceritakan di Mahkamah.

Mahathir, Daim hanya perlu jawap dalam Mahkamah

Begitu jelas rakyat tidak bersimpati tambah lagi Daim tiada jasa kepada rakyat dan orang Melayu.

Mahathir pun begitu juga, hari ini dengan kenyataan berkenaan orang India pula sema mata untuk alih perhatian dari rakyat tumpu kepada kes kes nya.

Simpan sahaja semua kenyataan dan tunggu hari bicara dan jelaskan sahaja dalam mahkamah.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading