Apabila Terlalu Panas

WANITA berdiri di sayap pesawat kerana panas. FOTO Agensi

Kiev: Seorang wanita di Ukraine membuat aksi ‘gila’ dengan berdiri di sayap pesawat kerana kepanasan.

Lapor Daily Mirror, ibu dua anak itu berjalan keluar menerusi pintu kecemasan ke sayap pesawat dinaikinya dari Antalya, Turki sebaik pesawat itu mendarat tiba di Lapangan Terbang Boryspil.

Tindakan wanita itu mengejutkan penumpang dan rakaman video aksi wanita itu tular di media sosial.



Seorang penumpang berkata, kejadian itu berlaku spontan selepas pesawat itu mendarat dan hampir semua penumpang sudah keluar.

“Wanita itu berjalan dari belakang ke pintu kecemasan sebelum membuka pintu dan keluar.

“Pada masa sama, dua anaknya berada di luar pesawat dan berdiri di tepi terkejut melihat aksi ibunya itu,” katanya.

Juruterbang menghubungi ambulans, polis dan pegawai imigresen.



Bagaimanapun, wanita itu tidak dapat memberi penjelasan kepada pihak berkuasa tujuan dia melakukan tingkah laku luar biasa itu selain hanya memaklumkan dia berasa sangat panas.

Wanita itu dilaporkan menaiki pesawat bersama suami dan dua anaknya kerana bercuti.

Keputusan ujian mengesahkan wanita itu tidak mabuk dan tidak mengambil alkohol.

Insiden itu mengakibatkan Ukraine International Airlines melarang wanita itu menaiki pesawat mereka lagi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button