Rafidah VS Mahathir, Why Why, No…..

Rafidah VS Mahathir, Why Why, No

Rafidah VS Mahathir, Why Why, No…..

Penulis masih ingat lagi, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan presiden UMNO selama 22 tahun, Rafidah Aziz merupakan tulang belakang beliau.

Ketika itu di dalam parti UMNO, Rafidah memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO.

Manakala di dalam kerajaan pula, Rafidah memegang jawatan sebagai Menteri Industri & Perdagangan Antarabangsa.



Masih ingat lagi kisah PAU 2002 dalam klip video di atas?

Untuk anak muda yang tidak tahu, video klip di atas merakamkan kisah syahdu bila Dr Mahathir acah-acah letak semua jawatan pada tahun 2002.

Lokasi kejadian adalah di PWTC ketika berlangsungnya PAU 2002.



Dr Mahathir mengumumkannya, ketika membuat ucapan penggulungan presiden UMNO dalam PAU tersebut.

Satu Malaysia terkejut.

Tetapi ironiknya, pada tahun 2018, Dr Mahathir kembali menjadi perdana menteri dengan alasan kononnya mahu selamatkan Malaysia.

Dalam tragedi PAU 2002, antara watak yang terlibat dalam drama swasta tersebut adalah Rafidah Aziz.



Kelam kabut Rafidah melompat ke rostrum sambil menjerit, why, why, no, nooo…

Khabarnya sampai patah high heel Rafidah kerana menghayati watak yang diberikan.

Tapi itu dululah, tapi kini tak lagi…

Rafidah dilihat sudah berani keluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai menentang Dr Mahathir.



Beliau sudah pasti tahu, antara individu yang mahu melihat kerajaan hari ini tumbang adalah Dr Mahathir.

Tetapi pada 15 Januari yang lepas, Rafidah membidas usaha yang didakwa sedang digerakkan oleh Dr Mahathir.

“Kenapa perlu ganggu kerajaan sedia ada,” sindir Rafidah.

“Tindakan menjatuhkan kerajaan juga bukan saja membuatkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat, malah pelabur sedia ada dan yang berpotensi tidak mahu berada di negara ini”.



“Sejak kebelakangan ini, banyak diperkatakan mengenai komplot untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan apa yang dipanggil Langkah Dubai atau membeli ahli Parlimen”.

“Walaupun tindakan itu dijadikan alasan sebagai satu bentuk demokrasi, namun perlu diingat kepentingan negara dan rakyat adalah segala-galanya,” tambah beliau lagi.

Dr Mahathir Bidas Kenyataan Rafidah

Tetapi kenyataan Rafidah telah membidas dengan segera oleh Dr Mahathir.

Dan seperti biasa, Dr Mahathir akan menggunakan perkataan perompak, penyamun dan penjenayah untuk menghalalkan kenyataan beliau.



Ironiknya, sekarang ini khabarnya anak sulong beliau sendiri tengah berpeluh siang dan malam.

Belum pernah berlaku dan ini kali pertama berlaku Rafidah membidas dan menyanggah apa yang dilakukan Dr Mahathir.

Dan Dr Mahathir juga tidak pernah membuat bidasan terbuka atas kenyataan Rafidah sebelum ini.

Apakah ini petanda telah berlaku ketegangan hubungan antara Rafidah dan Dr Mahathir?

Kalau benar, apa puncanya?

Atau mungkin, apa yang sedang dihadapi Mirzan telah membuatkan Rafidah kecut perut.

Bukankah jeda waktu siasatan kes Mirzan, Rafidah adalah Menteri Industri & Perdagangan Antarabangsa ketika itu?

Penulis sekadar bertanya, kalau salah, penulis minta maaf.

Apa pun kalau mahu kepastian, kita tunggu episod drama seterusnya dari mereka berdua sebelum hud hud bawa berita yang sebenarnya.

Rafidah VS Mahathir, Why Why, No…..

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button