Anuar Zain Akui Sedar Diri Corak Nyanyian Rock Tidak Bersesuaian Dengan Dirinya

Takut Untuk Menyanyikan Lagu Rock,

Anuar Zain Akui Sedar Diri Corak Nyanyian Rock Tidak Bersesuaian Dengan Dirinya

Anuar Zain Akui Sedar Diri Corak Nyanyian Rock Tidak Bersesuaian Dengan Dirinya

Tiada siapa mampu menidakkan aura dan pesona kuat dimiliki penyanyi popular Anuar Zain di persada muzik tanah air.

Bukan sahaja memiliki pakej vokal lunak, penyanyi tampan ini juga memiliki senyuman manis yang mampu mencairkan hati wanita.



Malah, nama Anuar terus utuh dan istimewa di hati penggemar muzik dan peminatnya sepanjang empat dekad membina legasi dalam industri muzik tempatan.

Namun baru-baru ini, Anuar Zain mendedahkan dia takut untuk menyanyi lagu rock apalagi mengubah sesebuah karya rock kepada corak nyanyian sendiri kerana tahu genre itu tidak sesuai untuknya.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain berkata, dia perlu sedar diri bahawa corak nyanyiannya tidak sesuai dan menyifatkan setiap genre adalah khas buat penyanyi tertentu saja.

“Lagu rock ini bergantung, saya suka ‘soft rock’. Paling saya suka lagu Kamelia. Tapi kalau saya nyanyi dengan cara saya, habis. Saya tak berani nak nyanyi. Genre muzik tertentu itu suci hanya untuk orang tertentu.



“Bila nyanyi dengan cara kita, tak kena. Sebab orang sudah biasa dengan cara nyanyian (rock) lebih hebat, tiba-tiba nyanyikan ikut cara kita. Ikut logik dan pendapat saya, tak payahlah saya cuba. Rock janganlah, kena marah nanti.

“Suara saya bukan rock punya. Suara rock ini khas. Bukan senang nak nyanyi. Tapi saya suka dengar beberapa lagu. Bukan jiwa saya, tapi banyak juga saya boleh dengar,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi ini mendedahkan mengenai konsertnya bahawa penganjurannya tercetus selepas konsert AZ40: Ulang Tahun Ke-40 Anuar Zain pada hujung Oktober tahun lalu.

Justeru, untuk konsert akan datang, acaranya akan jauh lebih intim dan terhad.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button