Real Madrid pintas Manchester City
Oleh – Syeikh Baran
JUARA Eropah 14 kali dari Sepanyol, Real Madrid memintas gergasi England, Manchester City bagi mengungguli Liga Wang Bola Sepak Deloitte sebagai kelab penjana pendapatan tertinggi dunia pada musim 2022/23, dengan hasil komersial mengambil alih aliran pendapatan terbesar untuk pasukan.
Kelab La Liga kendalian Carlo Ancelotti itu, pendahulu buat kali pertama sejak musim 2017/18 menjana jumlah pendapatan sebanyak 831 juta euro diikuti Manchester City (826 juta euro) dan Paris Saint-Germain (802 juta euro).
Seteru Real, Barcelona pula naik dari tempat ketujuh tahun lalu ke tangga keempat, menjana 800 juta euro manakala Manchester United tergelincir satu tempat ke tangga kelima apabila memperoleh 746 juta euro.
Real mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 118 juta euro berbanding tahun sebelumnya, pertumbuhan 16 peratus berikutan disebabkan prestasi runcit yang kukuh, kehadiran stadium yang lebih tinggi dan pemulihan pendapatan tajaan.
Hasil komersial merupakan aliran pendapatan terbesar di kelab buat kali pertama sejak 2015/16, tidak termasuk musim 2019/20 yang terjejas akibat pandemik Covid-19, apabila hasil penyiaran meningkat sebanyak 5 peratus sederhana.
“Permintaan yang tinggi untuk sukan langsung menjurus ke arah pertumbuhan lebih lanjut untuk pendapatan komersial dan khususnya hari perlawanan.
“Memandangkan kelab kelihatan tidak lagi boleh bergantung pada pertumbuhan hasil penyiaran, mewujudkan model perniagaan yang lebih tertumpu secara komersial akan menyokong mereka untuk mencapai kawalan yang lebih besar ke atas kestabilan kewangan pada masa depan,” kata Tim Bridge, rakan kongsi utama Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte.
Sementara itu, Liverpool penggerak terbesar dalam edisi tahun lalu meningkat daripada ketujuh kepada ketiga, melaporkan kejatuhan terbesar dalam ranking tahun ke tahun, apabila tahun ini kelab Merseyside tersebut kembali ke tempat ketujuh, satu daripada tiga kelab yang melaporkan penurunan pendapatan.
Atletico Madrid (Sepanyol) dan West Ham United (England) adalah dua lagi kelab yang mengalami penurunan pendapatan, dan pasukan Liga Perdana Inggeris itu kini membentuk lapan daripada 20 teratas, turun daripada 11 tahun lalu, dengan Leicester City (England), Leeds United (England) dan Everton (England) digantikan Eintracht Frankfurt (Jerman), Napoli (Itali) dan Olympique Marseille (Perancis).
Jumlah pendapatan yang dijana kelab Money League pada 2022/23 ialah rekod 10.5 bilion euro, peningkatan 14 peratus berbanding tahun sebelumnya dan mengatasi tahap pra-pandemi (9.2 bilion euro pada 2021/22 dan 2018/19).
Sumber – SINAR HARIAN