Bas bawa sukarelawan banjir terbabas ketika lalu jalan ladang
Bas bawa sukarelawan banjir terbabas ketika lalu jalan ladang
DUNGUN: Sebuah bas membawa 64 sukarelawan untuk misi pasca banjir di Hulu Dungun terbabas ketika melalui jalan ladang di Kampung Jongok Batu, di sini, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, namun pemandu serta penumpang terdiri sukarelawan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail di Batu Rakit, dekat sini, terselamat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan ke Kampung Pasir Raja dan terbabas.
“Pemandu bas dipercayai menggunakan laluan alternatif yang sempit dengan berpandukan aplikasi navigasi. Jalan itu biasanya digunakan penduduk kampung hanya untuk ke ladang.
“Kami dimaklumkan bas tiba-tiba hilang kawalan berikutan laluan berlumpur dan licin akibat banjir, sebelum terbabas ke bahu jalan dan nyaris terbalik,” katanya.
Ghazali berkata, “Pasukan sukarelawan itu berada di Hulu Dungun sejak semalam dan kita berterima kasih mereka yang membantu melakukan kerja pasca banjir,” katanya sambil bersyukur semua mangsa termasuk pemandu bas tidak mengalami kecederaan serius.
Bas bawa sukarelawan banjir terbabas ketika lalu jalan ladang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran ‘The So Called Professor’ Terhadap Penubuhan RCI Pulau Batu Puteh
- Hanya Ahli PAS Harapan Terakhir Mahathir Untuk Pertahankan Beliau
- Apa Pun Panggilan Bayaran Kepada Bekas Ahli Politik, Ianya Tetap Wang Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Boboi Jangan Langkah Bendul, Bagi Kak Long Mengadap SPRM Dulu Yer…
- Menteri Mesti Berhenti Buat Kenyataan Pra Matang
- Daim kena “sakit buatan” dan guna hospital sebagai ‘kubu perang’?
Boboi Jangan Langkah Bendul, Bagi Kak Long Mengadap SPRM Dulu Yer…