Balu Arwah Abam Bocey nafi bertunang

 

Oleh Pena Merah

Balu Arwah Abam Bocey nafi bertunang

 



Balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Hamzah, menafikan mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka misteri sebagaimana spekulasi yang kini tular di media sosial.

Jelas Hidayah dalam satu hantaran di Facebook, jejaka yang memakai baju sedondon biru di pelamin itu merupakan anak saudaranya.

“Haha, betul anak saudara lebih tinggi dari mak saudara. Sengaja mahu tunjuk anak saudara tinggi,” kata Hidayah ketika membalas komen seorang pengguna di Facebook.

Terdahulu, Hidayah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik sekeping gambar di Instagram seakan memberi bayangan bahawa dirinya sudah disunting orang.



Gambar tersebut dihujani hampir 2,000 komen yang rata-rata menyangka Hidayah sudah bertunang, termasuk penyanyi, Mila Jirin dan anak Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid, Datuk Nurul Zahid.

Sebelum ini, Hidayah pernah berkongsi hantaran di TikTok berdoa agar mendapat jodoh yang dapat menyayangi dirinya seperti arwah Abam.

Sementara itu, percubaan Utusan Malaysia untuk menghubungi Hidayah bagi mendapatkan penjelasan tidak berjaya.

Hidayah pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Abam pada 8 Disember 2017.



Namun, hubungan tidak panjang apabila Abam disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Hasil perkahwinan, mereka memiliki cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4.

-Utusan-



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button