Petani pakaikan buah tembikai seluar dalam

Oleh – Syeikh Baran


Petani pakaikan buah tembikai seluar dalam
Buah tembikai dalam seluar dalam

Seorang petani yang namanya tidak didedahkan memakaikan seluar dalam wanita pada buah tembikai yang ditanam, menyebabkan dia tular di media sosial, lapor portal berita Daily Star semalam.

Perbuatan petani tersebut menjadi bahan gurauan netizen di laman Facebook.
 

Gambar lokasi kejadian menunjukkan pelbagai jenis seluar dalam dipakaikan pada buah-buah tersebut.



Seorang netizen menulis: “Saya merasa rendah diri. Tembikai pun lebih seksi daripada saya.” 

Namun, seorang netizen lain menjelaskan: “Petani lebih suka renda (seluar dalam) kerana ia lut sinar yang menjadikannya mudah untuk diperhatikan dan membolehkan buah mudah ‘bernafas’.”

Ia mungkin menjadi sebab kenapa buah-buah tembikai itu dipakaikan dengan seluar dalam.

Rupa-rupanya, seluar dalam membolehkan buah itu ‘bernafas’ dan menghilangkan risiko buahnya menjadi reput sekali gus memastikan ia lebih segar. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button