Imam Mahdi muncul di TikTok dakwaan karut

 

Oleh – Syeikh B aran


Imam Mahdi muncul di TikTok dakwaan karut
Tangkap layar akaun TikTok individu mendakwa sebagai Imam Mahdi.

Umat Islam dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai dakwaan karut melibatkan kemunculan Imam Mahdi di media sosial terutama di aplikasi TikTok.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana dakwaan-dakwaan individu sebagai Imam Mahdi sering muncul dari semasa ke semasa dalam pelbagai versi.



“Kita tidak dapat memastikan apakah motif sebenar di sebalik dakwaan sedemikian. Kita juga tidak dapat memastikan tahap kewarasan akal individu yang mengaku dirinya Imam Mahdi itu atau dia ada gangguan mental yang memerlukan rawatan psikiatrik,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, umat Islam juga tidak perlu obses dengan kemunculan tokoh tersebut.

“Sebaliknya sebagai umat Islam kita perlu terus komited kepada segala ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.

“Kedatangan Imam Mahdi tidak lain melainkan untuk menyeru seluruh manusia kepada ajaran-ajaran ini. Beliau bukan membawa ajaran baru tetapi memperjuangkan misi Islam yang sedia ada,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button