‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS

Oleh – Bakhtiar Omar


'Kem Hamzah' kekal terjamin dengan sokongan dari PAS

Konflik dalaman BERSATU dipercayai semakin menjurus ke arah penubuhan ‘Kem’ tertentu. Terbaru, ‘Kem Hamzah’ dikatakan telah mendapat sokongan daripada PAS dan kedudukan beliau dalam Perikatan Nasional kekal terjamin.



Dalam 1 perkongsian video yang dinaikmuat Hamzah sendiri, beliau meluangkan masa bersama kepimpinan PAS yang diketuai Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Hamzah bersama Radzi Jidin dan beberapa anggota tertinggi BERSATU kelihatan amat mesra bersama kepimpinan PAS dalam satu jamuan makan malam.

Namun demikian, kelibat Presiden, Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden, Faizal Azumu,tidak kelihatan dalam jamuan tersebut. Malah, Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Azmin Ali juga tidak kelihatan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hamzah Zainudin (@hamzahzainudin_)



 

Ini menimbulkan spekulasi bahawa sememangnya ada gerakan untuk menghalang Faizal Azumu dan Azmin dari bertanding merebut jawatan dalam pemilihan BERSATU akan datang.

Jawatan tertinggi BERSATU akan dipertandingkan tidak lama lagi dan sebagai jaminan mereka yang akan menawarkan diri perlu ada sokongan daripada sekutu dalam Perikatan Nasional.



Ini amat kritikal bagi mengimbangi kepercayaan ahli BERSATU terhadap mereka yang bertanding kerana sokongan PAS akan dilihat sebagai penanda aras untuk Perikatan Nasional terus diterima pengundi pada PRU16 kelak.

'Kem Hamzah' kekal terjamin dengan sokongan dari PAS

PAS dalam masa sama juga perlu sokongan daripada pimpinan BERSATU kerana kesihatan Presiden PAS, Hj Hadi Awang agak merosot kebelakangan ini.

Ada khabar angin menyatakan Hj Hadi akan melepaskan jawatan Presiden PAS dalam tempoh terdekat. Oleh demikian, pimpinan PAS juga perlu meihat pensturkturan parti itu dalam menjalin kerjasama dengan BERSATU.



Hj Hadi akan letak jawatan tempoh terdekat?

Sekiranya pimpinan BERSATU tidak bersetuju dengan pengganti Hj Hadi, pasti kerjasama dua parti akan menemui jalan sukar kelak.

Jadi, untuk memastikan hubungan politik dua parti ini berjalan lancar, hubungan awal perlu digarap dari kalangan mereka yang berpotensi untuk menerajui parti masing-masing.

Muhyiddin Yassin sebenarnya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal dunia politik memandangkan beliau akan berdepan dengan Mahkamah atas pelbagai pendakwaan.



Biarpun cuba nampak gagah, ramai tahu Muhyiddin sebenarnya sudah tidak kuat dan ‘hilang taring’ dalam arena politik.

Mahathir jauh lebih ‘bertaring’ berbanding Muhyiddin kerana kebijaksanaan mencatur politik tahap tertinggi sehingga PAS sendiri tidak dapat ‘menghidu’ modus operandi Mahathir dalam kerjasama mereka.

PAS lupa Mahathir hanya menjadikan PAS sebagai ‘KALDAI TUNGGANGAN’ bagi mencatur politik yang ada kepentingan buatnya.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button