INSIDEN LAHAD DATU BUKAN SANDIWARA

KUALA LUMPUR – Peristiwa berdarah menyaksikan lapan anggota polis maut ditembak pengganas Sulu dalam dua kejadian berasingan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna, masih segar dalam ingatan penduduk.

Ancaman pengganas terus menghantui penduduk dan mereka tidak mahu kejadian itu berulang.

Penduduk Kampung Tanduo, Suzienalisa Sakam, 40, menegaskan peristiwa yang berlaku tujuh tahun lalu itu bukan sandiwara.



“Ketika itu penduduk berada dalam ketakutan dan ia bukan perkara ‘main-main’ kerana kami berhadapan dengan situasi perang.

“Saya bersama keluarga serta ibu bapa keluar dari kampung pergi ke bandar untuk mengelak insiden yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Suzienalisa turut menyelar kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi kerana boleh menyinggung perasaan penduduk di kawasan itu

“Kenyataan beliau (Mohamaddin) boleh menyinggung perasaan penduduk serta pasukan keselamatan,” katanya.



Terdahulu tular klip video yang memaparkan Mohamaddin memberi ucapan berbaur penghinaan terhadap anggota keselamatan yang sanggup menggadai nyawa demi pertahankan kedaulatan negara.

Artikel Penuh : 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button