PRN SABAH- MENGAPA ANAK MUDA TEMPASUK HARUS MEMILIH ARSAD BIN BISTARI (BN)

Kehadiran Arsad Bin Bistari sebagai calon Barisan Nasional adalah satu bentuk peluang jangka panjang yang harus diterokai oleh anak muda Tempasuk. Apakah peluang yang dinyatakan,  Peluang tersebut tidak lain ialah bidang keusahawanan.

Arsad Bistari calon N 09 Tempasuk adalah seorang usahawan yang berjaya dalam keusahawannya. Ini boleh dijadikan satu  inspirasi bagi anak muda untuk menimba ilmu sementelahkan bakal wakil rakyat mereka adalah seorang usahawan yang berjaya.

Keusahawanan adalah satu pendekatan yang terbaik bagi anak muda luar bandar yang mana kita sedia maklum bahawa Tempasuk merupakan satu kawasan pertanian penanaman padi yang terbesar di Sabah.

Memilih Arsad Bistari sebagai calon wakil rakyat bagi kawasan Tempasuk merupakan tindakan yang bijak oleh anak muda di Tempasuk. Dengan kepakaran yang ada pada Arsad sekali gus akan dapat dikembangkan  untuk anak muda  yang berminat dalam keusahawan.

Keusahawan  bukan sahaja merujuk kepada sesuatu bidang sahaja, malah ianya mempunyai kepelbagaian bidang yang luas. Anak muda Tempasuk hanya perlu mengenali  minat dan bidang usahawan yang mereka minati. Dengan keluasan tanah yang ada sebagai contohnya  bidang penternahakan, perladangan, perikanan boleh dimajukan.

Sekali gus ianya akan mengwujudkan inivasi sosial yang berkonsep, idea dan belajar menguruskan organisasi disamping membangunkan peluang pekerjaan dan pendidikan kepada pembangunan masyarakat serta  memperkukuhkan keperluan dan kebajikan masyarakat awam di Tempasuk.

Melihat kepada misi calon Barisan Nasional Tempasuk, Beliau berhasrat  untuk melahirkan usahawan-usahawan dan membina rangkaian serta jaringan dalam komuniti. Ini merupakan peluang  terbaik anak muda dan seharusnya mereka tidak akan melepaskannya begitu sahaja.

Untuk merealisasikan impian dan harapan anak muda yang berada di Tempasuk, seharusnya  pengembelingan tenaga dan idea dan bersama sama  mengundi calon muda dai Tempasuk sebagai wakil rakyat pilihan mereka.

Bangkit anak muda Tempasuk, ayuh bina satu generasi muda Tempasuk yang berdikari serta berdaya saing dalam membina kerjaya dalam keusahawanan serta menjadi usahawan yang berilmu.

Majukan Tempasuk dengan generasi anak muda yang berwawasan tinggi, jangan lihat apa yang kita ada tetapi lihat betapa kesungguhan anak muda Tempasuk membina  Tempasuk yang hebat.

Leave a Reply