Dilema PAS – Parti Islam yang mesra Perasuah dan penjenayah AMLA

 

Oleh Adam Malik

Pertama yang harus ditanya adalah pendirian PAS pada hari ini.



Ringkasnya PAS sedang bersekongkol bersama elemen elemen negatif dalam politik.

Penjenayah penjenayah AMLA Rasuah dan salah guna kuasa adalah sahabat politik PAS pada hari ini.

Individu seperti Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir dan Tun Daim ada bersama sama  PAS didalam satu kelompok.

Kenapa dengan situasi dan kedudukan sebegini akan menyusahkan PAS pada PRU16?



Mudah sahaja, sebagai sebuah  parti yang tidak praktikal dalam membantu rakyat PAS sekadar bergantung kepada “lips service” sahaja apabila menghadapi rakyat.

Selain ceramah PAS tidak dapat tunjuk kan apa apa kepada rakyat berkenaan hasil kerja mereka di negeri negeri yang mereka perintah.

Jika PAS berceramah dan berlagak ‘holier than thou” – perasan lebih baik dari orang lain tapi bertepuk tampar bersama pesalah rasuah dan AMLA  dari parti komponen, maka apa moral yang PAS hendak sampaikan kepada rakyat?

Apa guna ayat Quran dan hadis yang pemimpin PAS sering petik apabila bercakap tetapi sebaliknya PAS sendiri tidak amalkan untuk diri sendiri.



Masalah moral PAS ini semakin parah apabila baru baru ini disatu konvensyen bersama Parti Bersatu ketetapan telah dibuat untuk terus  bersama Perikatan Nasional.

Sekurang kurangnya Tujuh Ahli Parlimen Parti Bersatu memilih untuk bersama pihak Kerajaan dan menolak bersama PN yang mesra pesalah rasuah dan AMLA seperti Tun Mahathir Tun Daim dan Muhyiddin.

Jika sebelum ini PAS paling lantang menghasut ahli UMNO supaya menolak Presiden mereka yang terpalit kes rasuah dan digelar “Kluster mahkamah”, kali ini apabila PAS berhadapan situasi sama , pandai pula PAS berdolak dalik untuk terus bersama penjenayah.



Ini semua pembuktian bahawa orang Melayu dan Islam tidak bersalah jika mereka pilih untuk menolak PAS kerana pendirian hipokrsi tahap tinggi yang diamalkan oleh PAS.

Pasti sekali PAS akan berhadapan kesukaran bercerita berkenaan nilai nilai murni dan  moral kepada rakyat apabila ada pilihanraya nanti.

Ini kerana PAS cakap tidak serupa bikin dan fatwa ikut selera politik.

Jelas sekali selama ini pun apabila PAS buat sesuatu Keputusan, ia berlandaskan kepentingan politik dan bukan kepentingan agama.



Selagi PAS masih bersama mereka mereka yang ada kes rasuah dan AMLA dan tidak desak mereka undur atau putus hubungan , anggap sahaja lah PAS Parti kuat temberang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button