Kartel Selangor, Muhyiddin nafi, Azmin bukan ahli asal BERSATU

Oleh – Bakhtiar Omar


Kartel Selangor, Muhyiddin nafi, Azmin bukan ahli asal BERSATU

Dakwaan BERSATU Selangor dikuasai ‘kartel’ telah dinafikan Muhyiddin Yassin selaku Presiden BERSATU, namun beliau tidak boleh menafikan kebarangkalian ia benar-benar ada.



ADUN Selat Kelang, Abdul Rashid Asari, mendakwa kewujudan ‘kartel’ menyebabkan beliau mengalihkan sokongan daripada BERSATU.

Walaupun Rashid tidak menamakan siapakah ‘kartel’ tersebut, dipercayai kenyataan itu merujuk kepada Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang yang kini merupakan Pengerusi BERSATU Selangor menggantikan Rashid.

Mengapa Azmin dibayangkan sebagai ‘kartel’ dalam BERSATU?

Azmin memulakan karier politik bersama Parti Keadilan Nasional sebelum ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat pada 1999 sebagai ADUN Hulu Kelang.



Bertukar ke DUN Bukit Antarabangsa pada 2008 dan kekal selama 3 penggal sehingga tahun 2018, Azmin masih lagi mewakili PKR dan beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor pada 2014 berikutan ‘Langkah Kajang’.

Kartel Selangor, Muhyiddin nafi, Azmin bukan ahli asal BERSATU

Pengikut tegar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikenali juga sebagai geng ‘kartel’ didakwa memulakan langkah untuk menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Geng ‘kartel’ ini juga merupakan dalang sama semasa gerakan menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bagi membolehkan Azmin menduduki takhta kuasa di negeri tersebut.



 

Bekas ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin mendakwa didatangi seorang pemimpin yang rapat dengan Dr. Wan Azizah meminta bantuannya untuk menyelamatkan Presiden PKR itu daripada dipaksa melepaskan jawatannya.- Azmin dikenali sebagai ‘Kartel’ – 2017

Dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR pada 2010, Azmin mengekalkan kedudukan sehingga Februari 2020 berikutan ‘Langkah Sheraton’.

MASUK BERSATU DAPAT SEGALA KEISTIMEWAAN BERBANDING AHLI ASAL

Kartel Selangor, Muhyiddin nafi, Azmin bukan ahli asal BERSATU

Beliau kemudiannya menyertai BERSATU dan menjadi sebahagian daripada jemaah kabinet di bawah Muhyiddin Yassin. Jawatan tersebut dipercayai adalah sebagai ‘balasan’ kerana membawa sokongan ahli parlimen PKR kepada Muhyiddin bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri Ke-8.



Muhyiddin perlu diingatkan, Azmin Ali belum diuji dalam mana-mana pemilihan BERSATU dan beliau hanya ‘pendatang’ dan diberikan kedudukan istimewa berbanding mereka yang lebih awal berjuang dalam BERSATU dan mengambil risiko dalam berpolitik.

Mengapa Azmin Ali diberikan sebegitu banyak keistimewaan berbanding ahli asal BERSATU? Apa jasa Azmin kepada BERSATU semasa di bawah Mahathir? Jika Azmin boleh belot terhadap PKR, tidak mustahil satu hari kelak beliau juga boleh melakukannya kepada BERSATU.

Masih ingat Zuraida Kamarudin? Beliau salah seorang yang dibawa Azmin bersama ketika mengalihkan sokongan kepada Muhyiddin. 

BERSATU memberi keistimewaan kepada Zuraida namun akhirnya kemana Zuraida selepas diberikan jawatan dalam kabinet serta parti?



BERSATU masih tidak belajar dari kesilapan terdahulu dan masih menyimpan sikap ego seperti Muhyiddin Yassin. 

Siapa tahu siapakah ‘Trojan Horse’ Mahathir yang akan timbul dalam BERSATU tidak lama lagi?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button