Gelombang Perpindahan Ahli PPBM, Kenapa PAS Tidak Menjadi Pilihan?
Gelombang Perpindahan Ahli PPBM, Kenapa PAS Tidak Menjadi Pilihan?
6 orang ahli parlimen PPBM serta seorang ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sudah diketahui beralih sokongan.
Apa pun alasan yang diberikan sama ada oleh kepimpinan PPBM atau mereka, ianya jelas memberi gambaran PPBM sebenarnya sedang menghadapi krisis kepimpinan.
Kepimpinan PPBM kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Dan besar kemungkinan kita akan menghadapi 7 pilihanraya kecil, 6 di peringkat parlimen dan 1 di peringkat DUN.
Kini, penulis difahamkan pula, satu gelombang perpindahan di peringkat akar umbi PPBM akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri.
Penulis juga difahamkan, bukan setakat seorang dua yang akan keluar dari PPBM dan menyertai parti lain, tetapi angkanya menjangkau ribuan.
Maklumat yang penulis terima telah penulis semak dengan beberapa media perdana.
Free Malaysia Today melaporkan berita yang sama cuma berbeza dari jumlah yang akan menyertai gelombang tersebut.
Persoalan yang menarik perhatian penulis adalah kenapakah ahli PPBM tersebut tidak memilih PAS tetapi sebaliknya memilih salah satu dari komponen parti dalam kerajaan.
Bukankah PAS adalah parti komponen utama yang menjadi sekutu Perikatan Nasional?
Secara logiknya, memang mereka tidak akan mendapat apa-apa munafaat atau tawaran jawatan dari perpindahan tersebut.
Mereka hanyalah ahli biasa di peringkat akar umbi.
Namun begitu, perpindahan ini pasti akan memberikan kesan yang cukup besar kepada PPBM terutamanya di peringkat jentera pilihanraya akar umbi.
Kita semua tahu PPBM tidak mempunyai jentera pilihanraya yang mantap dan perpindahan ini pasti akan memburukkan keadaan.
Apabila ditanya kepada akar umbi tersebut, rata-rata memberikan jawapan PPBM kini dilihat sudah hilang halatuju perjuangan politik.
Aktiviti politik hanya meriah di peringkat pusat, di mana cantas mencantas, pancung memancung kerana berebut jawatan dan pengaruh.
Sedangkan akar umbi merasakan kewujudan mereka hanyalah ibarat melukut di tepi gantang.
Jadi mereka merasakan tidak ada keperluan mereka bersama-sama PPBM lagi.
Bila ditanya mengapa bukan PAS yang menjadi pilihan?
Jawapannya, tidak ada beza antara lebai dengan bunga…😜😜😜
Gelombang Perpindahan Ahli PPBM, Kenapa PAS Tidak Menjadi Pilihan?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apa Penyelesaian Terbaik Sekolah Vernakular
- Dulu Tuduh Najib Zalim, Perompak Tapi Kini…
- Bilakah Ahli Parlimen Akan Menjadi Lebih Matang