Pelaburan Asing Bukan Alasan Untuk Gadaikan Kedaulatan Negara Kepada China
Pelaburan Asing Bukan Alasan Untuk Gadaikan Kedaulatan Negara Kepada China
Anwar Ibrahim berkata, berkata segala percubaan untuk menghalang peningkatan ekonomi dan kemajuan teknologi China akan hanya mencetuskan ketegangan berlanjutan di rantau itu.
Beliau berkata demikian dalam syarahan umum di Universiti Nasional Australia di Canberra.
Beliau mengupas tajuk Menavigasi arus geopolitik: Peranan Malaysia dan Australia di Asia-Pasifik di Universiti Nasional Australia di Canberra.
“Di mata China, reaksi bermusuhan terhadap kebangkitan republik itu tidak lebih daripada satu percubaan untuk menafikan tempatnya yang sah dalam lipatan sejarah.”
“Kekangan yang dikenakan terhadap kemajuan ekonomi dan teknologi China hanya akan memburukkan lagi keadaan.”
“Pembangunan China adalah peluang untuk dunia dan bukannya ancaman kepada sesiapa sahaja,” kata Anwar.
Dalam satu sidang media yang berasingan, Anwar juga dilaporkan berkata:
“We do not have a problem with China.”
Penulis sangat memahami sikap lunak yang ditunjukkan Anwar kepada China.
Ianya adalah sebagai usaha untuk menarik pelaburan asing darri China.
Tetapi, kedaulatan negara adalah maruah bangsa dan negara dan Malaysia mesti bersikap tegas kepada penceroboh.
Pencerobohan angkatan bersenjata China terhadap perairan dan ruang udara Malaysia bukan hanya berlaku sekali dua.
Sebagai pemimpin tertinggi negara, Anwar sepatutnya menggunakan kesempatan yang ada untuk membuat teguran supaya China lebih menghormati kedaulatan perairan dan ruang udara Malaysia.
Kalau Malaysia boleh lantang menentang pencerobohan Israel, mengapa mesti membisu dalam isu pencerobohan perairan dan ruang udara negara.
Pada Julai 2023, kapal peronda angkatan bersenjata China menceroboh selama 2 minggu di perairan Sarawak.
Mereka mengulanginya lagi diĀ perairan Malaysia berdekatan Beting Patinggi Ali.
Dan pada Februari 2024, insiden serupa terjadi lagi.
Pada bulan Jun 2021 pula, 16 pesawat tentera China menceroboh ruang udara Malaysia.
Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Ghazali Che Mat, pernah berkata, diplomasi tanpa kedaulatan tidak mungkin menghasilkan kesan baik terhadap negara.
Pelaburan Asing Bukan Alasan Untuk Gadaikan Kedaulatan Negara Kepada China
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apa Penyelesaian Terbaik Sekolah Vernakular
- Dulu Tuduh Najib Zalim, Perompak Tapi Kiniā¦
- Bilakah Ahli Parlimen Akan Menjadi Lebih Matang