Dakwa Cuba Di Rasuah, Wan Saiful Tidak Di Lindungi Imuniti Ahli Parlimen

Dakwa Cuba Di Rasuah, Wan Saiful Tidak Di Lindungi Imuniti Ahli Parlimen

Dakwa Cuba Di Rasuah, Wan Saiful Tidak Di Lindungi Imuniti Ahli Parlimen

 

Minggu lepas, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainuddin berkata, ahli parlimen mempunyai imuniti ketika berbahas di parlimen.

Hamzah juga berkata, SPRM tidak boleh campurtangan dalam perbahasan di dalam parlimen.



Ianya adalah sebagai respon terhadap kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang berikan tempuh seminggu kepada Wan Saiful supaya membuat laporan SPRM.

Arahan Azam Baki adalah berkaitan dakwaan Wan Saiful ketika perbahasan di parlimen bahawa beliau cuba dirasuah oleh ejen Anwar.

Benarkah ahli parlimen dilindungi sepenuhnya imuniti ketika mereka berbahas di dalam parlimen?

Penulis ada membahaskan isu tersebut dalam tulisan sebelum ini yang bertajuk Sudah Sampai Masanya Pindaan Di Buat Terhadap Imuniti Ahli Parlimen.



Malaysia Corruption Watch (MCW) juga berpendapat, ahli parlimen tidak dilindungi imuniti atas dakwaan ditawar atau menawarkan rasuah.

Adalah menjadi tanggungjawab ahli parlimen yang mendakwa menerima tawaran rasuah membuat lapuran kepada SPRM.

Jadi, apabila Wan Saiful mendakwa di parlimen mengenai dakwaan rasuah ditawar kepadanya maka menjadi tanggungjawab beliau untuk membuat laporan di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

SPRM boleh bertindak secara pro-aktif untuk berjumpa dan mengambil butiran atau maklumat yang berkenaan secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.



Apa-apa perkara yang dibangkitkan berkaitan isu atau perkara yang melibatkan rasuah, SPRM boleh bertindak demi menjalankan fungsi dan tanggungjawab.

MCW berharap ahli-ahli politik tidak memanipulasi fakta dan undang-undang yang sedia ada untuk mengaburi mata rakyat.

Ia akan mewujudkan persepsi buruk terhadap fungsi dan peranan agensi penguat kuasa negara.

MCW hanya akan memandang dari sudut fakta dan undang-undang sedia ada, bukannya manipulasi fakta.



Tidak ada sesiapa yang boleh lepas dari tanggungjawab atas apa yang telah mereka lakukan.

 

Dakwa Cuba Di Rasuah, Wan Saiful Tidak Di Lindungi Imuniti Ahli Parlimen

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button