Ahli Parlimen PAS Yang Menjengkelkan

Ahli Parlimen PAS Yang Menjengkelkan

Ahli Parlimen PAS Yang Menjengkelkan

 

Ahli parlimen PAS meminta Timbalan Speaker Parlimen mengarahkan Tiong King Sing menghentikan penggulungannya kerana didakwa butiran yang diberikan tidak dapat difahami.

Awang Hashim (PAS-Pendang) mendakwa penjelasan yang diberikan menteri pelancongan, seni dan budaya itu tidak jelas.



Secara sinis Awang mendakwa, Tiong sendiri mungkin tidak faham apa yang diperkatakannya di Dewan Rakyat.

“Isunya apa yang dibentangkan menteri?”.

“Kami tak faham, mungkin dia pun tak faham.”

“Jadi saya minta menteri ini tak payah menggulunglah sebab kami tak faham.”



“Lebih baik bagi bertulis, minta pegawai tulis dengan bahasa yang semua faham,” kata Awang.

Bagaimanapun Ramli Mohd Nor yang bertindak sebagai timbalan speaker ketika itu berpendapat tidak perlu untuk Tiong menamatkan penggulungan.

“YB Pendang, saya faham… macam mana Pendang tak faham?” kata Ramli.

Pada masa sama Ramli juga meminta agar Tiong memaparkan jawapannya dalam penggulungan tersebut didedahkan kepada semua pembangkang.



“Bolehkan?” tanya Ramli yang kemudian dipersetujui Tiong.

Dewan juga menjadi kecoh setelah dua ahli parlimen kerajaan bangkit.

Mereka menuduh Awang sebenarnya sengaja mahu membazirkan masa dengan membangkitkan isu berkenaan.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Chong Zhemin (PH-Kampar) berkata Awang juga tidak menjelaskan peraturan mesyuarat yang dibawanya semasa mencelah penggulungan Tiong.



Awang kemudian menjelaskan sesuatu ucapan yang tidak dapat difahami mungkin boleh dianggap mengelirukan dewan, serta difahami di luar konteks sebenar.

Sangat menjengkelkan bila ahli politik Melayu yang merasakan terpaling Melayu tetapi tidak faham bahasa Melayu.

 

Ahli Parlimen PAS Yang Menjengkelkan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button