PAS Cuba Pujuk Amanah Supaya Tinggalkan DAP

PAS Cuba Pujuk Amanah Supaya Tinggalkan DAP

PAS Cuba Pujuk Amanah Supaya Tinggalkan DAP

 

Dalam rancangan podcast KS bersama KJ dan Shahril Hamdan, Naib Presiden PAS, Dr Samsuri, secara berterus terang menyatakan hasrat PAS untuk berkerjasama dengan PAN.

“Pada saya kita perlu menjadi sangat dinamik dalam berpolitik dalam negara ini.”



“Tidak ada dalam politik ini bermusuh selama-lamanya, atau tidak ada (jadi) rakan selama-lamanya.”

“Kita bercakap tentang penyatuan ummah, ummah itu siapa?”

“Bukan UMNO saja, PPBM pun.”

“Kita faham UMNO (ketika itu) ada sentimen yang lain terhadap PPBM.”



“Saya ingat lagi pada waktu itu rakan-rakan dalam Umno pun tanya kalau PAN bersama kita, saya kata boleh.”

“Pemimpin (PAS) lain pun kata ok kalau mereka meninggalkan DAP kita boleh terima.”

“Apa yang penting (dalam politik) adalah membuat keputusan berdasarkan apa yang betul sebaliknya bukan berdasarkan sentimen.”

“Pada saya apa yang betul adalah sepatutnya termasuklah PAN, UMNO, parti berasaskan orang Islam-Melayu ini supaya dapat bersama.”



“Memang kita tak dapat nafikan maksud bersama itu berbagai-bagai, maksud bersama tidak semestinya bergabung dalam satu parti.”

“Tidak semestinya begitu, yang pentingnya ialah kita bekerjasama.”

“Itu objektif yang tertinggi,” kata Dr Samsuri.

Apa yang dikatakan oleh Dr Samsuri adalah bayangan apa yang tersurat pada wajah dan perkataan pemimpin PAS.



Mereka bercakap tentang penyatuan, tetapi di dalam masa yang sama, sifat tamak haloba kepada kuasa mereka sebenarnya telah memecahkan kuasa politik Melayu.

PAS adalah parti yang sentiasa menggunakan ugama sebagai topeng untuk menyorokkan wajah sebenar pemimpin mereka.

Siapakah yang mengkhianati piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS?

Dan mengapakah mereka sanggup mengkhianati kerjasama yang sudah mula menampakkan hasilnya.



Tidak lain dan tidak bukan kerana ketika itu PPBM berada di puncak kuasa dan PAS mula melacurkan penyatuan ummah demi memenuhi nafsu mereka terhadap kuasa.

Kini, pemimpin PAS cuba memujuk PAN untuk bersama-sama mereka dengan syarat meninggalkan DAP dan Pakatan Harapan atas alasan penyatuan ummah.

Layakkah parti seperti PAS bercakap tentang penyatuan ummah?

 



PAS Cuba Pujuk Amanah Supaya Tinggalkan DAP

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button