16 senarai barang makanan untuk anda yang nak diet, barulah menjadi!
Sepanjang proses berdiet bukan sahaja kuantiti makanan yang perlu diambil berat namun jenis makanan yang anda makan pun sebenarnya amat penting.
Jenis makanan dan kuantiti gula atau garam dalam makanan tersebut perlulah diberi perhatian lebih kerana ini mungkin penyebab kepada diet anda terganggu.
Oleh itu, buat anda yang mahu mengamalkan diet yang sihat, ini antara 16 barangan dapur yang wajib ada di rumah supaya impian nak kurus anda boleh tercapai dengan cepat!
1. Brokoli
Ini antara sayur yang elok nutriennya. Sangat sesuai untuk diamalkan kepada yang sedang berdiet. Anda boleh cuba masak menu brokoli daging grilled.
2. Ubi keledek
Ubi keledek atau bahasa kampungnya adalah ubi stello. Sesuai dimakan ketika snacking. Jenis Jepun ini mahal sikit.
3. Santan rendah lemak
Kalau rasa hendak makan makanan yang bersantan, bolehlah masak satu kali seminggu. Tapi pastikan guna santan yang rendah lemak.
4. Lemon
Kalau ada promosi memang murah harga lemon. Macam-macam resepi yang kita boleh buat dengan lemon. Antaranya ialah ayam masak lemon. Lemon ini lebih baik disesuaikan dalam diet harian dan sangat baik digunakan.
5. Blueberries
Kecil yang bernilai. Selain sesuai untuk diet, nak cantikkan kulit blueberries antara buah terbaik untuk diamalkan.
6. Gula perang
Gula perang ini sangat sesuai untuk individu atau orang yang sedang mengamalkan diet. Gula putih mesti dijauhkan terus dalam diet. Barulah cepat berat badan turun.
7. Stevia
Paling baik untuk menggantikan gula dengan stevia. Kosong kalori. Cuma mungkin ada yang rasa manisnya pelik. Terpulang kepada pilihan sendiri okay?
8. Garam bukit
Ini dia cadangan atau garam yang paling penting bagi menggantikan garam biasa. Cuma pengambilannya juga hanya sekadar wujud rasa masin yang sedikit sahaja.
9. Peanut butter
Mungkin anda jarang jumpa atau agak sukar untuk cari jenama lain yang lagi rendah kalori. Macam Yogood, Steffis ke. Jadi perlu pandai-pandai sendiri kurangkan kuantiti. Dan jenis peanut butter yang berjenama “chunky” ini sesuai dimakan ketika diet kerana rasanya yang sedap.
10. Epal hijau
Antara buah yang efektif untuk waktu snacking. Hindarkan buah yang terlalu manis seperti mangga masak kerana gula dalam buah agak tinggi.
11. Salad
Wajib ada dan antara bahan terpenting juga untuk diet. Nak khasiat yang berlainan, pilih macam-macam jenis salad yang segar.
12. Telur omega
Gabungan yang terbaik dalam sarapan pagi anda.
13. Capsicum
Kunyah macam tu pun sedap dalam salad. Warna kuning paling banyak vitamin.
14. Tomato ceri
Tomato ceri ini memang sedap dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam air asam atau dimakan bersama dengan salad.
15. Mayonis
Kalau diet boleh makan mayonis namun yang penting pengambilan mayonis ada had tertentu.
16. Roti serat
Ini barang diet yang disukai ramai orang. Hendak jumpa roti Gardenia plastik ungu memang susah. Jadi kalau tak jumpa roti Gardenia ini boleh bertukar kepada jenis yang lain. Penuh bijirin dan bijian dalam sekeping roti ini. Itulah antara bahan-bahan yang sesuai untuk orang diet.