Marissa Dania muat naik gambar keluarga

 

Oleh Pena Merah

Marissa Dania muat naik gambar keluarga
ANAK kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim akhirnya buka mulut.

Lama berdiam diri, akhirnya anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim memuat naik gambar keluarga termasuk bersama ibu bapa tirinya.

Menerusi hantaran tersebut, anak perempuan sulung Abby dan Norman itu turut menyertakan sepotong ayat menandakan terharu dengan sokongan keluarga.



“Never fails (tidak pernah gagal),” tulisnya ringkas bersama emoji berbentuk hati.

Sebelum ini, Marissa tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas dakwaan berkahwin tanpa pengetahuan orang tuanya di Thailand dengan Ahmad Aslam tersebar.

Kontroversi membabitkan berita pernikahan dengan suami orang itu turut mengakibatkan keluarganya berdepan kecaman.

Semalam, kecoh dalam media sosial apabila tular komen perbalahan antara Norman dan Abby mengenai isu pernikahan Marissa.



Norman meminta Abby berhenti berkongsi mengenai Marissa kepada umum kerana akan membuka lebih banyak aib keluarga.

Selain Norman dan Abby, Memey selaku ibu tiri kepada Marissa turut dikutuk apabila mengundang anak tirinya berbuka di rumah semalam.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan hangat sejak Januari lalu apabila dikatakan sudah bernikah dengan Aslam yang berstatus suami orang di Songkhla, Thailand pada 26 Disember tahun lalu.

Sehingga hari ini, Marissa mahupun Aslam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal tersebut.



Sementara, Abby pula dalam satu temu bual mengesahkan perkara tersebut dan turut meminta Marissa segera mendaftar perkahwinannya di Malaysia. –KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button