Datuk Red tidak mahu cerai isteri pertama

 

Oleh Pena Merah

Datuk Red tidak mahu cerai isteri pertama
Datuk Red mahu mempertahankan rumah tangga yang sudah lama dibina bersama isteri pertama

Suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu tegas dengan pendiriannya untuk tidak bersetuju meneruskan perceraian dengan isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Perkara itu disahkan peguam yang mewakili Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman yang memaklumkan anak guamnya itu tetap mahu mempertahankan rumah tangga yang sudah sekian lama dibina



“Saya dimaklumkan dia tidak setuju dengan tuntutan perceraian ini. Dia (Datuk Red) cuba pertahankan perkahwinan seperti isteri kedua (Adira). Dia masih sayangkan rumah tangganya,” katanya selepas prosiding sebutan kedua kes tuntutan perceraian Sharifah atau dikenali Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.

Akmal turut menjelaskan tuntutan cerai yang dibuat Datin Red ke atas anak guamnya adalah kerana tiadalah persefahaman di antara mereka.

“Untuk Seksyen 47 ini sebenarnya ada banyak sebab untuk bercerai. Untuk kes (Datuk Red dan isteri), mereka tiada sefahaman. Itu yang dinyatakan.

Datin Red hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan berkenaan bagaimanapun sebutan kes terpaksa ditangguhkan susulan ketidakhadiran Datuk Red atas urusan kerja.



Sementara itu, Datin Red berkata perpisahan itu adalah jalan terbaik untuk dirinya dan suami.

“Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang boleh saya cakap ini bukan keputusan saya itu sahaja.

“Namun saya rasa perceraian adalah jalan terbaik,” katanya.

Difahamkan, Datin Red memfailkan perceraian ke atas suaminya pada Januari lalu.



Dalam pada itu, isteri kedua Datuk Red, Adira turut memfailkan perceraian kerana tiada persefahaman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor pada 25 Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.



Dalam pada itu, perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata. – HM Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button