Elon Musk mengaku ambil ketamin tetapi bukan penagih

Elon Musk mengaku ambil ketamin tetapi bukan penagih

Elon Musk mengaku ambil ketamin tetapi bukan penagih
MUSK mendukung anak lelakinya semasa melawat kilang Tesla dekat Berlin pada 13 Mac lalu. – AFP

WASHINGTON  –  Bilionair antara paling kaya di dunia, Elon Musk menyatakan bahawa penggunaan dadah oleh dirinya memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan semalam.

Musk mengaku mengambil preskripsi ketamin untuk merawat ‘kerangka minda negatifnya.’

Dadah itu biasanya digunakan untuk merawat kesakitan dan kemurungan. Taikun berusia 52 tahun itu membuat pengakuan tersebut berikutan laporan media Amerika Syarikat bahawa penggunaan dadah olehnya telah menakutkan pelabur.



“Ketamin membantu menangani kerangka fikiran negatif,” Musk memberitahu bekas pengacara saluran berita CNN,  Don Lemon dalam wawancara tersebut yang disiarkan di media sosial.

Ditanya sama ada penggunaan ketamin boleh memberi kesan negatif kepada persepsi pelabur, Musk berkata: “Kami (Tesla) mempunyai kereta paling laris di dunia pada tahun lepas. Jadi, dari sudut pandangan pelabur, jika ada sesuatu yang saya ambil, saya harus terus mengambilnya.”

Musk yang mengendalikan firma SpaceX dan Tesla serta memiliki platform media sosial X, bagaimanapun menafikan  menyalahgunakan ketamin.

Menurutnya, dia menggunakan hanya  ‘sedikit ketamin sekali setiap minggu atau lebih kurang begitu’



Tambah bilionair itu, beliau tidak percaya dirinya tidak mempunyai masalah ‘kemurungan berlanjutan’. Sebaliknya, Musk mengambil ketamin hanya  apabila  ‘dirinya berada dalam keadaan negatif.’

Semasa temu bual selama sejam itu, Musk turut membincangkan tentang beliau bertemu calon pilihan raya Presiden Parti Republikan,  Donald Trump pada bulan ini  tetapi  tidak memberi bayangan siapa yang akan mendapat sokongannya pada pilihan raya November nanti. – AFP

Elon Musk mengaku ambil ketamin tetapi bukan penagih

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Kerana Anti Najib, Majlis Peguam Cabar Kuasa Agong



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button