Majlis Peguam mewakili siapa? atau Syok sendiri?
Oleh Adam Malik
Sudah banyak pihak mula menyuarakan pendapat mereka berkenaan pendirian yang diambil oleh Majlis Peguam.
Sebenarnya ada juga pihak yang tidak setuju dengan pendirian MajPeg tetapi memilih untuk tidak melakukan serangan terhadap MajPeg atas sebab mengetahui latar belakang kedudukan dan struktur badan undang undang di Malaysia.
Ambil contoh apabila seorang hakim yang mengendali kes Datuk Seri Najib Razak didapati ada kes rasuah dan disiasat SPRM dan bagaimana MajPeg ambil posisi membelanya.
Dari situ ramai sudah tahu dan dapat membaca pendirian MajPeg dan kepada pihak mana mereka condong.
Baru baru ini apabila tiba tiba “out of no where” muncul individu mewakili MajPeg mencabar keputusan memberi hukuman diskaun terhadap DSNR, maka semua yang disangka dan diandaikan oleh rakyat terhadap MajPeg menjadi terang dan jelas.
MajPeg miliki dua set buku undang undang dan pendirian yang berbeza.
Satu waktu dulu jika seorang AG ( bekas AG) menguggurkan banyak kes terhadap pihak yang pro kepdanya,MajPeg tidak muncul untuk bersuara.
Oleh Adam Malik
Malah ada kes berprofil tinggi juga turut digugurkan.
Tapi,mungkin MajPeg ketika itu belum dapat sijil undang undang lagi.
Malah ketika perjalanan kes DSNR terdapat banyak kepincangan pun MajPeg buat tidak tahu dan tidak menegur.
Maka ini terbukti ada dua set amalan undang undang yang dipegang oleh MajPeg.
Kerajaan yang dipilih oleh rakyat jika melakukan banyak onar boleh ditukar melalui pilihanraya, tetapi badan seperti MajPeg kekal tetap bertindak ikut selera walau tidak dipilih oleh rakyat.
Hatta, persoalan siapa atau pihak mana yang MajPeg wakili?
Adakah “political master”dibelakang MajPeg?
Ini kerana pendirian MajPeg selalu “in favour” pendirian puak parti politik tertentu dan amat jarang atau hampir tidak pernah senaluri dengan parti tertentu yang lain nya.
Masa sudah tiba untuk MajPeg buang tabiat pilih bulu dan bermain dengan “jargon” dan terma undang undang atau bahasa “legalese” untuk selindung dan menakut nakutkan pihak lain, konon nya undang undang itu satu perkara sukar.
Kembalilah kepada asas iaitu yang salah itu salah yang betul itu betul.
Jika minat sangat berpolitik, bubar sahaja MajPeg dan masuk parti politik dan “act like a man” jangan selindung biar rakyat jadi hakim untuk buat keputusan.