Fadhlina sudah ‘move on’, anggap isu kafir selesai

Oleh – Syeikh Baran


Fadhlina sudah ‘move on’, anggap isu kafir selesai
Fadhlina beramah-mesra bersama pelajar sempena Program Jaulah Ramadan di SMK Sungai Acheh, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan isu kafir yang mengaitkan dirinya sudah selesai biarpun ia dipetik di luar konteks.

Menurutnya, beliau sudahpun ‘move on’ dan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasnya dalam memastikan isu-isu reformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan berjalan lancar.



“Saya sudah jawab (isu) dan kenyataan saya itu harus dibaca dan diterima sepenuhnya. Jadi, abaikan isu-isu yang akan ganggu kerja kita apatah lagi di hujung Ramadan ini.

“Jangan buat fitnah dan tumpu amal ibadah serta kejar Lailatul Qadar, Insya-Allah semoga amal kita diterima,” katanya ketika ditemui pada Program Jaulah Ramadan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Acheh, di sini hari ini.

Dalam program sama, KPM dengan Kerjasama Yayasan Didik Negara memberi sumbangan kepada 100 pelajar asnaf di sekolah terbabit.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Fadhlina menolak penggunaan label kafir dan mengharamkan anak-anak beliau menggunakan perkataan terbabit di rumah.



Susulan penyebaran video itu, Fadhlina menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen sehingga keselamatan dirinya turut terancam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button