Wanita Indonesia disyaki rancang serangan nekad di selatan Filipina ditahan tentera

(Gambar fail: Nickee Butlangan/AFP)

MANILA: Seorang wanita Indonesia disyaki merancang serangan bom nekad di selatan Filipina, ditahan dalam serbuan awal pagi tadi (10 Okt), menurut pihak tentera.

Tangkapan itu dibuat kurang dua bulan selepas dua penyerang nekad wanita, meletupkan diri mereka di Pulau Jolo di wilayah Sulu yang majoriti penduduknya beragama Islam menyebabkan 15 orang maut dan 74 lagi cedera.

Pasukan keselamatan menuduh kumpulan Abu Sayyaf sebagai bertanggungjawab dalam serangan pada 24 Ogos lalu itu.

Menurut Pasukan Turus Bersama bagi rantau itu, wanita Indonesia terbabit dikenali sebagai Rezky Fantasya Rullie, balu seorang militan Indonesia yang maut di Sulu pada Ogos lalu.



Menurut kenyataan itu, Rullie juga dipercayai anak kepada dua pengebom nekad yang mengorbankan 21 orang dalam serangan di sebuah gereja di Jolo, awal tahun lalu.

“Kami telah memburu pengebom nekad asing di Sulu selepas serangan berkembar di Jolo (pada Ogos) kata Brigedier Jeneral William Gonzales.

“Rullie adalah yang pertama dalam senarai kami selepas menerima laporan perisikan bahawa dia akan melakukan serangan bom nekad.”

Menurut pihak tentera, Rullie ditahan bersama dua lagi wanita yang juga isteri kepada anggota kumpulan Abu Sayyaf.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button