Warga emas terjatuh tingkat 13 rumah pangsa

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas terjatuh tingkat 13 rumah pangsa
Gambar Hiasan

Seorang lelaki tempatan warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Jalan Bandar Timah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 8.20 pagi.



Katanya, siasatan mendapati, mangsa berusia 91 tahun itu dijumpai pengawal keselamatan di lorong belakang rumah pangsa berkenaan.

“Ketika dijumpai, mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna. Pemeriksaan pada tubuh mangsa bagaimanapun tidak menjumpai sebarang unsur jenayah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button