Ajal lemas ketika operasi polis

Oleh – Syeikh Baran


Ajal lemas ketika operasi polis
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa di sungai sekitar Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, Kuala Selangor, hari ini.

Kehilangan seorang lelaki yang dipercayai jatuh ke sungai ketika operasi polis di Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang di sini, semalam terungkai apabila ditemui lemas hari ini.

Mayat mangsa berusia 43 tahun itu dijumpai pasukan bomba di sungai berkenaan, kira-kira pukul 12.16 tengah hari tadi.



Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.24 petang semalam.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor terlibat dalam operasi itu.

“Usaha pencarian mangsa yang bersambung pagi ini dilakukan dengan bantuan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor. Mayat lelaki itu ditemukan pihaknya kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa jatuh,” katanya hari ini.

Jelas beliau, mayat kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” ujarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading