Sedia lawan jika ditahan MCMC

Oleh – Syeikh Baran


Sedia lawan jika ditahan MCMC
Badrul Hisham Shaharin

Aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin meluahkan hasrat bersedia ‘lawan’ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) jika ditahan agensi itu.

Bahkan, beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pembela Tanah Air (Peta) menyifatkan suasana politik negara ketika ini telah menyerupai pemerintahan kejam rejim Korea Utara.



“Kalau ditakdirkan dia (MCMC) guna kuasa tangkapan, saya tiada masalah malah berjanji akan sedia menawarkan perlawanan terbaik demi rakyat kita,” katanya kepada pemberita sebelum hadir bagi memberikan keterangan di MCMC di sini bersama-sama Salim Iskandar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka dipanggil bagi disiasat di bawah Seksyen 233 akta berkenaan yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,00 atau dihukum penjara sehingga satu tahun.

Turut dipanggil ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo yang memberi rakaman percakapan atas kes sama di Balai Polis Setapak di ibu negara.

Mengulas lanjut, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Chegubard mendakwa tidak tahu-menahu kenapa dirinya diminta datang dan bagi kertas siasatan untuk kes apa pula.



Pada 9 April lalu, Badrul Hisham hadir ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman kerana satu hantaran menerusi akaun media sosialnya yang didakwa berbaur hasutan.

Walau bagaimanapun, beliau enggan pula menyerahkan sebarang komputer peribadi yang digunakan untuk memuat naik status tersebut kerana menyifatkan ia salah guna kuasa.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading