Pemuda OKU cedera, wanita simbah asid dalam lif

Oleh – Syeikh Baran


Pemuda OKU cedera, wanita simbah asid dalam lif
Tangkap layar CCTV memaparkan seorang wanita menyimbah cecair disyaki asid ke arah pemuda OKU di dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, hari ini.

Seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) dipercayai mengalami kecederaan melecur pada badan selepas disyaki terkena simbahan asid yang dilemparkan seorang wanita ketika menaiki lif di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, di sini pagi tadi.

Akibat kejadian tersebut, lelaki OKU Sindrom Down itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan menaiki ambulans.



Difahamkan, ahli keluarga mangsa telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Lepas pada pukul 4.40 petang tadi.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 56, berkata, kejadian dikatakan berlaku pada pukul 9.25 pagi tadi.

“Saya dimaklumkan tenang kejadian daripada jiran pada pukul 12 tengah hari dan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mula tersebar petang tadi.

“Saya tinggal di sini sudah lebih setahun dan langsung tidak pernah berselisih atau nampak wanita (suspek) tersebut di flat ini, melainkan mangsa sahaja, memang kerap naik turun lif.



“Mungkin juga suspek tinggal di blok sebelah, sebab ada juga jiran maklum yang wanita itu sering membuat kacau dan ganggu jiran tetangga,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, tular satu video menerusi rakaman CCTV di lokasi kejadian tersebut, petang tadi yang memaparkan seorang wanita bertindak menyimbah cecair dalam bekas minuman ke aras mangsa sebaik dia memasuki ke lif berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button