2 isteri kahwin lain tanpa pengetahuan suami

Oleh – Syeikh Baran


2 isteri kahwin lain  tanpa pengetahuan suami
Dua wanita ditahan dan disiasat polis selepas menikah lagi tanpa pengetahuan suami masing-masing. – TRIBUNNEWS

Dua wanita di wilayah Sulawesi Barat tular selepas  menikahi lelaki lain tanpa pengetahuan suami masing-masing, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Kedua-dua wanita tersebut merupakan warga Kota Mamuju di Sulbar dan mempunyai status  sudah berkahwin. 



Biasanya kebanyakan suami menikahi wanita lain tanpa izin isteri, namun perkara sebaliknya berlaku dalam kejadian tersebut.

Kedua-dua wanita terbabit ditahan polis dan siasatan telah dilakukan.

“Pasangan suami isteri dilarang berselingkuh atau berkahwin dengan orang lain tanpa izin,” kata pegawai polis, H Muhtar.

“Jika hal tersebut terjadi dan pasangannya membuat laporan  di balai polis,  maka pelaku boleh dihukum atas kesalahan zina.



“Saya minta warga Mamuju dapat memahami hukum perkahwinan dan agama agar tidak terjadi lagi seorang isteri menikah yang lain tanpa izin suami,” kata Muhtar. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button