‘Influencer’ swafoto dengan hantu wanita

Oleh – Syeikh Baran


‘Influencer’ swafoto dengan hantu wanita
ANNDAY berswafoto dengan ‘hantu’ di Hong Kong baru-baru ini. – Foto YouTube/Annday

Seorang pesohor YouTube dikenali sebagai Annday merakamkan  swafoto secara tidak sengaja bersama hantu perempuan ketika bercuti di Hong Kong, lapor portal berita Khaosod kelmarin.

Gambar itu menjadi tular di internet.



Kapsyen gambar di platform itu tertulis bahawa wanita disamping Annday mungkin hantu.

Ini adalah kerana ketika dia merakam swafoto tersebut, tiada seorang wanita pun  di sebelahnya.

Apabila melihat gambar yang dirakamkan, Annday  terkejut kerana terdapat seorang wanita memakai baju merah gelap  di belakangnya.

Seorang pensyarah di Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Chulalongkorn yang kerap menerbitkan mesej yang menerangkan pelbagai kepercayaan, Profesor Madya Dr. Jessada Denduangboripant membantu menjelaskan bahawa gambar itu merupakan penemaun saintifik dan bukannya satu perkara ghaib.



“Anda hanya perlu kepada cahaya untuk menjadi lebih terang. Hantu jadi manusia, haha,” katanya.

Beliau berkata dalam temu bual dengan portal berita Matichon Online bahawa wanita berbaju merah dalam gambar itu adalah manusia daripada awal lagi.  

Apabila lampu dilaraskan dan imej dibesarkan, ia dapat dilihat dengan jelas bahawa ia adalah seorang manusia dan bukannya hantu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button