Empat pelari acara separa maraton Beijing dilucut pingat

Oleh – Syeikh Baran


Empat pelari acara separa maraton Beijing dilucut pingat
Siasatan mendapati pelari terlibat sengaja memperlahankan larian sebelum garisan penamat untuk memberi kemenangan kepada He Jie dari China. – SONG YANHUA

Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan bahawa empat pelari yang terlibat dalam kontroversi semasa larian tersebut ada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Pihak penganjur melakukan siasatan selepas klip video perlumbaan menunjukkan pelari Kenya, Robert Keter dan Willy Mnangat serta Dejene Bikila dari Ethiopia sengaja memperlahankan larian menuju garisan penamat untuk memberi kemenangan percuma kepada He Jie dari China.



Ketiga-tiga pelari Afrika itu telah dijemput oleh Xtep selaku penaja rasmi Beijing Half Marathon untuk bertindak sebagai pace-setter, kata Jawatankuasa Penganjur dalam satu kenyataan.

“Trofi, pingat dan bonus mereka akan ditarik balik,” tambah kenyataan sama. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading