‘Abang besar’ ceroboh Kampung Pak Sik akhirnya ditangkap

Oleh – Syeikh Baran


‘Abang besar’ ceroboh Kampung Pak Sik akhirnya ditangkap
Gajah jantan yang berjaya ditangkap Perhilitan di Kampung Pak Sik, Hulu Besut semalam.

Kegelisahan penduduk Kampung Pak Sik, Hulu Besut sejak Isnin lalu berikutan gangguan seekor gajah berakhir apabila haiwan liar itu ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, gajah jantan seberat kira-kira dua tan tersebut ditangkap pada pukul 3 petang.



“Sebelum ini kami menerima aduan daripada penduduk tentang ancaman gajah yang merosakkkan kebun kelapa sawit dan pisang pada 6 Mei lalu.

“Haiwan liar itu ditangkap ketika berkeliaran di kawasan kebun pada pukul 3 petang semalam,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kean Seong berkata, sebelum ini, selain kerugian akibat kerosakan pokok pisang dan kelapa sawit, penduduk juga bimbang kerana gajah berusia 15 hingga 20 tahun tersebut dikesan berkeliaran terlalu hampir dengan kawasan perumahan mereka.

“Pemeriksaan mendapati gajah itu berada dalam keadaan sihat. Haiwan liar itu akan dipindahkan ke habitatnya di kawasan hutan berhampiran tidak lama lagi,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button